Hiburan: May 15, 2020 at 10:46AM
Baru-baru ini, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias selesai menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound di sebuah hospital swasta di Ipoh. Beliau dipercayai mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut sejak dua minggu yang lalu sebelum ditahan di wad hospital berkenaan.
Terbaru, walaupun keadaannya masih belum pulih sepenuhnya, Ustaz Kazim sudah masuk ke pejabatnya hari ini. Perkongsian tersebut dikongsi olehnya di akaun Facebook.
Gagahkan diri ke pejabat
Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya. Kalau Allah izinkan saya nak buat live FB balik. Terima kasih atas ingatan semua. Maafkan saya jika ada salah dan silap. Halalkan makan minum. Hari ni saya gagahkan diri ke pejabat. Rindu sangat pada Al Barakah. Saya mohon sepuluh jari memohon kemaafan andai terkasar bahasa.
Ustaz Kazim yang baru keluar dari hospital semalam memberitahu bahawa beliau sangat rindu pusat pendidikannya iaitu Al Barakah. Oleh itu, dia gagahkan diri juga untuk ke pejabat hari ini. Di samping itu, beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya agar cepat sembuh.
Rindu nak dengar ceramah ustaz
Sumber: Ustaz Kazim Elias
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment