Pages

Hiburan: Rita Rudaini Tak Benar Tetamu Datang Beraya Ke Rumahnya

Hiburan: May 17, 2020 at 05:57AM

Berikutan jumlah kes aktif wabak COVID-19 masih tidak susut, ramai dalam kalangan kita terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari djangkiti wabak pembunuh itu.

rita rudaini

Turut mengambil inisiatif yang sama, pelakon Rita Rudaini tampil memaklumkan yang beliau tidak akan menerima sebarang kunjungan tetamu atau mana-mana individu ke kediamannya pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Rita menegaskan kenyataan itu di laman Instagramnya bersama peminat.

"Selamat hari raya. Maaf tahun ini tak ada rumah terbuka. Tolong jangan datang rumah."

Rita bagaimanapun berpesan supaya orang ramai tetap menyambut sambutan itu dengan berpakaian baharu meskipun hanya meraikan perayaan itu di rumah.

"Walaupun di rumah, kalian tetap kena bersiap sakan tau macam saya."

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan Pesta Keamatan, Hari Gawai dan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini dihadkan kepada hari pertama perayaan sahaja.

Malah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti ziarah juga dihadkan tidak melebihi 20 orang dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

Kerajaan baru-baru ini menyatakan bahawa perjalanan untuk balik kampung merentas sempadan negeri bagi tujuan berhari raya juga tidak dibenarkan sepanjang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular