Pages

Hiburan: ‘Saya Nak Jadi Macam Ustaz’ – PU Amin Throwback Kenangan Bersama Allahyarham Ustaz Ismail Kamus

Hiburan: May 8, 2020 at 04:27AM

Pemergian pendakwah terkenal iaitu Dato' Ismail Kamus disifatkan sebuah kehilangan yang besar untuk kita semua. Allahyarham yang berusia 72 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 tengah malam 8 Mei di kediaman beliau di Ampang.

Pencetus Umah (PU) Amin menerusi laman Instagram sempat memuatnaik foto bersama arwah dan status sayu pemergian Dato' Ismail Kamus.

Meninggal dunia dalam Bulan Ramadhan

Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Meninggal dunia pada penghulu segala hari. Hari Jumaat. Juga meninggal dunia dalam Bulan Ramadhan sebaik-baik bulan. Bila berjumpa dengannya saya akan capai tangan Dato dan letak di dada dan mohon doa agar Allah datangkan ikhlas dalam hati. Saya bawa anak-anak saya untuk didoakan dan dikucup darinya. Dia tiup ubun-ubun kami semua. Saya kucup pipi dan dahinya.

Menurut PU Amin, kesemua anak-anaknya didoakan dan dikucup ustaz Ismail. Tambahnya, dia juga akan meletakkan tangan ustaz tersebut di dadanya setiap kali mereka berjumpa. Ini kerana, dia berharap Allah datangkan sifat ikhlas dalam hatinya sentiasa.Tambahnya, dia hendak menjadi seperti ustaz tersebut.

Saya nak jadi macam ustaz

Saya kata saya nak jadi macam Ustaz. Tuan Guru Dato Ustaz Ismail Kamus mendapat Husnul Khatimah. Pengakhiran yang baik. Beliau banyak berjasa pada dunia dakwah. Anak-anak dakwah hidup membesar dengan kaset forumnya. Ya Allah ampunkan dosanya, luaskan kuburnya, masukkan dia ke dalam syurga yang tinggi dan indah.

Sedih hati ini, perginya permata ummah. Ulama telah pergi. Kematian para ulama adalah menyakitkan jiwa kita. Berehatlah duhai ayahanda dakwah. Ayahanda yang mengajarkan kami erti perjuangan dan pengorbanan untuk Islam. Al-Fatihah. Rehatlah di Syurga Ayahanda.

Mengulas mengenai keperibadian arwah, PU Amin memberitau arwah sangat berjasa dalam dunia dakwah dan kehilangannya sudah pasti dirasai ramai.

Sumber: PU Amin



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular