Hiburan: May 26, 2020 at 03:37AM
Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar atau dikenali sebagai Abam Bocey pada Februari lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarga, kenalan rapat dan peminat. Buat balu dan anak arwah, Syawal tahun ini meninggalkan kesedihan tanpa Abam disisi.
Balu arwah iaitu Hidayah berkongsi foto raya bersama anaknya, Hamzah di laman Instagram dan meluahkan rasa rindu melalui kapsyen tersebut.
Terasa sedih dan sayu
Hidayah meluahkan perasaan rindunya kepada arwah Abam. Sayu perasaan ketika memakaikan baju raya kepada anak di pagi hari raya kerana terkenangkan arwah yang pergi buat selamanya.
Assalamualaikum, alhamdulillah Instagram ini dapat semula setelah di hack beberapa minggu lepas. Terima kasih kepada yang sudi membantu untuk dapatkan Instagram ini semula.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ini sekelip mata arwah pergi tinggalkan kami. Terasa sedih dan sayu sangat hati ini. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali.
Sekeping gambar nikah jadi pengubat rindu
Dia turut tidak menyangka arwah Abam akan pergi selamanya dalam masa terdekat. Seperti tahun sebelum ini, Hidayah sempat beraya berdua bersama Abam, ketika itu Hamzah masih dalam kandungan. Tetapi tahun ini mereka anak beranak tidak dapat menyambut Syawal bersama arwah Abam.
Hanya gambar nikah mereka dijadikan sebagai pengubat ketika hati rindu pada arwah.
Abang, sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah. Sayang sedih sangat abang sebab tahun ini sepatutnya kita sambut hari raya sama-sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan hanya sekeping gambar nikah yang menjadi pengubat rindu sayang dan Hamzah.
Hanya Allah yang tau perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang disana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai ke syurga. Al-Fatihah (di baca) suamiku Syed Umar Mokhtar.
Sumber: Syed Uthman Hamzah
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment