Pages

Hiburan: ‘Sekali Minta, Berkali Allah Bawa’ – Pernah Hilang Kerja, Wanita Kongsi Keajaiban Doa Tahajud

Hiburan: May 21, 2020 at 04:56AM

Semua orang pernah melalui episod sukar dalam hidup. Masing-masing bermula dari bawah sebelum mengecapi kejayaan yang ada pada hari ini. Selain berusaha keras, doa dan kebergantungan kepada Allah SWT adalah sangat penting.

Seperti yang diceritakan wanita ini, dia pernah dibuang kerja sehinggalah pada suatu hari dia berdoa bersungguh-sungguh ketika bangun solat tahajjud. Apa yang diperolehnya selepas itu sangat luar biasa.

Syarikat terpaksa ditutup

Saya jadi bingung untuk mulakan tulisan saya pagi ini. Jika boleh, hari-hari saya mahu menulis tentang keajaiban yang berlaku dalam hidup saya. Saya menulis bukanlah kerana riak. Tetapi kerana mahu menyakinkan pembaca semua bahawa segalanya mudah bagi Allah.

Setelah hampir 5 tahun syarikat penerbangan pertama tempat saya bekerja ditubuhkan, akhirnya timbul suatu kesulitan yang telah tidak dapat dielakkan. Menjadikan syarikat itu mengalami kerugian yang sangat besar hingga akhirnya tidak tertanggung. Kami mula menghadapi kesukaran. Gaji bertangguh. Apa lagi untuk mendapatkan claim.

Lebih 50% kakitangan mula berhenti kerja bila gaji sering lambat. Sebahagian kecilnya termasuk saya masih setia ke pejabat dengan harapan segalanya dapat diselamatkan semula. Kami menggunakan apa sahaja simpanan yang kami ada ketika itu untuk menanggung kos perjalanan pergi balik ke tempat kerja termasuk bagi bayaran parking serta lain-lain. Tak ada gaji, tapi kami tetap datang.

Semuanya kerana komitmen penuh, kesungguhan, keikhlasan, passion yang sukar untuk saya kongsikan dengan tulisan. Sampai orang yang tidak faham fikir tindakan kami tidak rasional. Sehingga akhirnya sudah tidak ada jalan lagi, syarikat tetap terpaksa ditutup.

Diringkaskan cerita, benda pertama yang saya fikir dalam kepala, adalah…. Dah tak ada lagilah peluang saya untuk ke Mekah dan Madinah dengan menaiki penerbangan sendiri seperti sebelum ini.

"Oh, sekurang-kurangnya Allah dah bagi aku rasa pengalaman manis tu, sungguh istimewa…tapi Allah dah ambil semula semua tu….". Begitu detik hati saya.

Allah punya kuasa

Selalu juga saya termenung rindukan moments untuk terbang ke Jeddah, tinggal di sana, ye lah… Tempat tinggal kami cukup indah (saya akan kongsikan fotonya dalam satu penulisan lain nanti). Bukan tempat tinggal sahaja, malah pejabat kami cukup cantik, super best dan segalanya super terbaik! Semua yang pernah bekerja bersama saya akan akui ini sehingga ke hari ini.

Nak cerita Allah punya kuasa….

Dalam pada saya tak ada kerja tu. Suatu pagi, saya terfikir begini..

"Kan doa dalam Tahajjud tu tak ada yang tak dapat. Kan doa dalam Tahajjud tu macam anak panah yang tak pernah tersasar dari sasarannya…..". Saya bangun malam dan bercakap-cakap sendiri.

Saya pergi berwuduk dan solat Tahajjud seperti biasa pagi tu… Saya doa begini dalam sujud saya,

"Ya Allah, aku rindukan Kaabah Mu, bawalah daku ke sana lagi Ya Allah… Sesungguhnya tidak ada tempat lain untuk daku meminta melainkan dari dengan Mu…."

Ketika berdoa itu, saya submit doa saya dengan 200% keyakinan. Nak tulis macamana pun saya tak tahu. Tapi gitulah… Masa tu dekat nak raya. Bila tiba hari raya, saya balik ke kampung seperti biasa untuk beraya. Belum ada pekerjaan baru, tapi waktu itu saya dah mulakan perniagaan saya.

Selang beberapa hari saya terima mesej melalui What'sApp lebih kurang begini,

"Good morning Ms Zuria. You have been highly recommended by many captains and others for a special task. Please contact me so that we could arrange for a meeting………"

Begitu dan saya tak dapat tuliskan ke semua mesej di sini… Ayat pendek tu bunyi macam tawaran scammer. Entah dari mana, entah siapa-siapa. Saya tak terus call semula. Mesej tu pun saya tak terus balas. Waktu dalam perjalanan pulang ke KL, baru saya tergerak nak balas. Dan saya call orang itu. MasyaAllah rupanya yang hantar mesej tu bukan calang-calang orang. Allahu.

Ditawarkan kerja

Diringkaskan cerita, saya ditawarkan kerja dengan sebuah syarikat penerbangan Antarabangsa yang berpengkalan di luar negara. 10 minit selepas meeting pertama, saya terus dimasukkan ke dalam group What'sApp kerja, yang saya seorang sahaja orang Malaysia dalam group ketika itu. 20 minit selepas itu, mereka dah bayar wang pendahuluan bagi tugas saya.

Dan anda nak tahu, syarikat itu juga mengendalikan jemaah haji dan umrah sahaja. Bukan kapal penerbangan biasa. Allah cepat sungguh bila Allah nak berikan sesuatu. Saya tak doa nak minta kerja. Saya cuma doa nak ke Mekah lagi sahaja. Tapi Allah beri berganda.

Banyak benda super tak logik berlaku dan saya tak dapat nak ceritakan semua. Tapi nak cerita Allah punya kuasa… Bila Dia nak memberi, tidak kira pada siapa dan Dia tidak pernah pandang kita seperti manusia lain menilai kita.

Dan sejak itu, saya masih diberikan rezeki untuk ke Mekah dan Madinah berkali-kali lagi. Bukan dengan membayar tambang, tapi percuma. Dan setiap kali saya pergi, saya diberikan layanan yang istimewa. Walaupun saya ini hanya orang yang sangat biasa.

Diberikan bilik khas percuma dan istimewa. Disediakan pemandu. Dan pemandu itu beritahu saya begini,

"Just let me know whenever you want me to send you to Haram and I will send you, and call me whenever you need me to pick you up again…".

Disediakan makanan terbaik yang dihantar ke bilik. Dan saya boleh beritahu ke mana sahaja saya mahu pergi akan ada yang bawa nanti.

Sekali minta, berkali Allah bawa

Nak ceritanya, walaupun benda yang kita rasa tak mungkin pun, Allah boleh beri dengan mudah. Dengan sekelip mata. Kerana tidak ada yang sukar bagi Allah…

Sebab itulah, usah pernah sekalipun putus asa untuk bertahajjud dan berdoa.

Kalau susah hati, Tahajjud.
Nak dapat rezeki, Tahajjud.
Nak jodoh, Tahajjud.
Nak apa sahaja… Bertahajjudlah.

Sebab itulah juga saya tulis di setiap tulisan saya, "sekali minta berkali Allah bawa…."

Sebab mengenangkan kali pertama saya bertahajjud dulu adalah ketika saya duduk di rumah lama, dalam keadaan tak ada wang dan tak ada kerja, dalam penuh sukar dan nak makan pun sekadar ada…

Saya duduk di lantai simen sejuk…

Dan masa tu entah macamana saya terdetik nak ke Mekah pula untuk bersujud dan menangis di hadapan Kaabah. Namun sampai ke hari ini Allah beri peluang itu kepada saya. Nampak tak kuasa Allah itu super tidak logik…

Allahu sebaknya saya.

Sesungguhnya pertolongan dari Allah itu sungguh dekat…

Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.

Dzuriasikim Dzulkefli.
InsyaAllah esok saya tulis lagi.

Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular