Pages

Hiburan: SEMBONIA Bikin Kejutan Adakan Jualan Gudang Pertama Secara Online, Murah Giler!

Hiburan: May 22, 2020 at 03:44AM

Bagi korang yang berangan-angan nak keluar shopping di pusat membeli-belah satu famili, sebaiknya simpan dulu hasrat tu sebab PKPB masih dilanjutkan. Tapi, janganlah bersedih. Setakat tak dapat keluar pergi mall tu bukan masalah besar sangat pun guys.

Sebenarnya, kami nak kongsi satu berita gembira daripada SEMBONIA untuk rakyat Malaysia. Korang tahu tak SEMBONIA bakal adakan jualan gudang secara atas talian tahun ni? Kalau nak tahu lebih lanjut, baca artikel ni sampai habis ya.

Banyak pilihan yang memukau

Sebut je SEMBONIA, hampir semua orang tahu ia adalah jenama dipercayai yang menawarkan pelbagai pilihan barangan kulit yang eksklusif, berkualiti dan sentiasa menjadi buruan ramai.

Kalau korang nak cari handbag, tali pinggang, dompet, kasut, heels atau apa saja aksesori lelaki serta wanita, SEMBONIA adalah pilihan terbaik. Paling penting, kesemua rekaan SEMBONIA memang tak pernah mengecewakan. Benar-benar bergaya dan memukau!

Jualan gudang pertama secara online

Bermula 25 Mei hingga 29 Mei 2020 ini, SEMBONIA akan mengadakan jualan gudang pertama secara atas talian. Tak kisahlah korang nak shopping untuk diri sendiri atau nak hadiahkan pada yang tersayang, make sure jangan lepaskan peluang untuk borong sakan sepanjang 5 hari jualan gudang SEMBONIA nanti tau. Bila lagi nak reward diri sendiri kan?

Tawaran 'harga tetap' serendah RM50!

Nama pun jualan gudang, harga mestilah berbaloi belaka. Tahun ini, SEMBONIA menawarkan pelbagai pilihan barangan serta aksesori cun dengan 4 pilihan 'harga tetap' bermula RM50, RM100, RM130 dan RM180 je weh.

Kalau nak dibandingkan kualiti barangan SEMBONIA dengan harga yang ditawarkan, tak keterlaluan rasanya jika kami katakan ia harga yang tak masuk akal dan wajib jadi rebutan sebab memang murah giler!

Ada penghantaran PERCUMA tau

Kalau shopping online ni, siapa je yang tak nak servis penghantaran percuma kan? Haa.. kalau korang nak tahu, SEMBONIA menyediakan servis penghantaran secara percuma untuk korang yang berbelanja RM250 dan ke atas.Tak cukup dengan itu, 100 pelanggan pertama pun akan dapat servis Free Delivery. Siapa cepat dia dapat tau!

Bagi yang terlepas tawaran 100 pelanggan pertama tu, jangan risaulah sebab pembaca OHBULAN! tetap boleh enjoy servis penghantaran percuma. Caranya senang je, korang cuma perlu tinggalkan komen 'Saya Nak Free Delivery' dekat Facebook post OHBULAN! untuk dapatkan voucher code daripada SEMBONIA!

*Tertakluk pada Terma & Syarat*

Jangan lupa shopping di SEMBONIA!

Memandangkan raya tahun ni kita semua disarankan duduk di rumah je, elok sangat korang satu keluarga ambil peluang untuk reward diri dengan membeli belah di Jualan Gudang SEMBONIA. Raya tu rayalah jugak, tapi jangan sampai terlepas peluang keemasan ni ya!

Ingat guys, korang ada 5 hari je tau untuk borong sakan barangan SEMBONIA bermula 25 Mei hingga 29 Mei 2020. Nak lagi best, korang boleh terus daftar sebagai ahli SEMBONIA sebab percuma je. Tak sabar nak shopping? Layari laman sesawang SEMBONIA hari ini juga!



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular