Hiburan: May 27, 2020 at 04:23AM
Punyalah lama duduk di dalam rumah sebab arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampaikan dah tak ingat tarikh dan hari langsung. Seronok betul dapat berguling sakan tanpa perlu memikirkan masalah nak padankan pakaian dan jenis solekan apa untuk keluar rumah.
Malah ramai yang menyangka bahawa kulit wajah pasti akan gebu bak kulit pau tebal dek tak terdedah dengan cahaya matahari yang melampau dan anasir di persekitaran luar yang boleh merosakkan permukaan wajah.
Tapi kalau anda nak tahu, ada banyak tabiat tidak baik ketika duduk santai di rumah yang sebenarnya dalam diam boleh menyebabkan kulit merajuk dan buat perangai. Yang mana satu anda boleh relate?
Langsung tak nampak bayang matahari
Mungkin anda dah terbayang kulit wajah yang mulus kerana terperap sahaja dalam bilik bak Rapunzel tetapi itu hanyalah angan-angan semata! Memang mengejutkan tetapi jikalau langsung tidak meluangkan masa di luar rumah, kemungkinan besar kulit anda akan mengalami dehidrasi lantas memudahkan jerawat datang menyerang. Jangan mengeluh apabila melihat cermin dan wajah anda mula kelihatan kusam dan kering. Sedih!
Stres terperap buat kulit merajuk
Siapa tak gembira dapat lepak di dalam rumah sahaja dan tak perlu bersusah-payah untuk pergi kerja mahu pun kuliah. Rasa macam dunia ini kita yang punya! Tetapi apabila terperap di rumah dengan aktiviti yang terhad untuk tempoh yang panjang, sudah pasti anda akan mula berasa tertekan. Disebabkan stress kerana mahu melihat semula dunia luar dan kembali kepada norma biasa, ia akan menyebabkan kulit muka menjadi bermasalah kerana turut terkesan dengan tekanan anda. Dah cukup stress, makin tertekan apabila melihat taburan jerawat di sekitar kulit wajah!
Sibuk makan makanan 'viral', wajah pun 'viral' dengan masalah
Sejak semua orang banyak masa di rumah, macam-macam idea 'ciptaan' yang tak pernah difikirkan mula dibuat. Antaranya ialah Dalgona Coffe yang nampak lazat kerana bancuhan kopinya yang likat ditambah pula dengan susu pekat. Umphh! Kalau anda nak tahu, apabila kandungan gula dalam darah mula meningkat, ia boleh menyebabkan penyakit kulit meneruk. Dalam keseronokan anda menikmati minuman penuh gula itu, sekumpulan jerawat juga sedang berseronok kerana dah tak sabar nak bertapak di wajah anda. Keseronokan yang membawa padah!
Waktu tidur bercelaru
Bayangkan kini kesemua 24 jam itu dimiliki oleh anda tanpa sebarang komitmen lain. Mulalah nak marathon drama kegemaran tak kisahlah daripada Korea atau pun Amerika, sampai waktu tidur menjadi mangsa keadaan dek nak habiskan satu musim drama sekali tengok sahaja. Tapi jangan terkejut kalau wajah anda dipenuhi dengan jerawat dan nampak kusam tahu. Bukan sahaja waktu tidur sekejap berubah ke petang, sekejap kembali ke malam sahaja yang menyebabkan masalah ini, bahkan tempoh rehat yang kian berkurang juga akan membuatkan kulit anda menghadapi dehidrasi dan ia akan merangsang proses penuaan. Tidak!
Senaman tinggal kenangan
Bila dah syok bermalasan di rumah, jangan kata buat rutin senaman selama 30 minit sehari, nak bergerak ke tandas pun kena ada orang lain tolong heretkan. Walaupun duduk terperap di rumah, ia bukanlah alasan untuk anda duduk keras kejung tanpa bergerak langsung. Senaman ringan sebenarnya mampu untuk rangsang badan anda supaya bekerja. Bukan sahaja kulit anda kekal lembap dan sihat bahkan hormon yang dirembes oleh aktiviti tersebut boleh buatkan anda ceria dan bersemangat.
Asyik berulang kali bersihkan diri
Membersihkan wajah dan badan berulang kali bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada dikerumuni bakteria dan virus. Silap hari bulan, kulit anda jadi kering dan bersisik kerana sabun yang dipenuhi dengan bahan kimia telah menghakis keluar minyak semula jadi pada permukaan kulit. Bukannya makin sihat, nanti semakin teruk pula kulit apabila asyik dilumurkan dengan sabun berpuluh kali sehari.
Apa Kat Cuba "Hilangkan" Stress dan Kekal berseri dan sihat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Perubahan gaya hidup mungkin akan menyebabkan wajah anda turut menerima impaknya. Tak perlu gunakan pelbagai produk penjagaan daripada jenama yang berlainan bagi memastikan kulit wajah kekal berseri sepanjang berada di rumah ketika ini. Nah! Cetaphil Gentle Skin Cleanser hadir sebagai penyelamat kepada dilema kulit kering dan kusam disebabkan oleh pelbagai tabiat buruk yang menjejaskan kulit.
Nak tahu kenapa Cetaphil Gentle Skin Cleanser dicanang sebagai antara produk penjagaan yang baik bahkan menduduki tempat teratas sebagai produk penjagaan yang terjual banyak di hospital dan klinik? Ini kerana pembersih ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah yang berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan senang berjerawat. Hebat!
Dek bebas sabun dan juga pewangi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit. Jangan terkejut tahu sebab pembersih ini mendapat pujian daripada pakar dermatologi kerana kemampuannya yang tiada tandingan.
Sebenarnya tak cukup sekadar mempraktikkan pelbagai langkah penjagaan kebersihan yang disarankan oleh pihak bertanggungjawab. Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan pembantu yang paling ideal dalam mengawal kelembapan wajah supaya berseri dan nampak 'hidup'. Bahkan seberapa kerap pun anda menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, ianya langsung tidak akan menanggalkan lapisan minyak semula jadi pada wajah anda. 99% daripada wanita juga bersetuju dengan kenyataan menakjubkan ini!
Selain daripada mengamalkan langkah penjagaan diri yang disarankan oleh doktor pakar seperti kerap membasuh tangan selama 20 saat pada setiap kalinya, apa kata anda masukkan juga pembersihan wajah dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ke dalam rutin tersebut. Bukan sahaja amalkan ketika berada di rumah kini, malahan rutin penjagaan ini boleh dikekalkan sampai bila-bila!
Pelakon Lisa Surihani pun dah tak pandang pembersih lain kerana jatuh cinta dengan keberkesanan Cetaphil Gentle Skin Cleanser selepas mula menggunakannya sejak mengandungkan anak kedua. Bak kata orang, cinta pandang pertama!
Kalau nak kulit wajah anda tampil berseri dan sihat seperti Lisa Surihani, sudah tiba masanya untuk anda pilih yang terbaik demi kebaikan wajah anda. Apa tunggu lagi? Dapatkan dengan pantas Cetaphil Gentle Skin Cleanser di farmasi berdekatan.
Tak boleh keluar sewenang-wenangnya kan? Apa susah, anda boleh miliki produk ini secara atas talian menerusi e-store rasmi Cetaphil di laman pembelian online popular iaitu Shopee dan juga Lazada.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk hebat ini, boleh layari laman web Cetaphil.
Amalkan penjagaan kulit wajah yang sihat bersama Cetaphil Gentle Skin Cleanser!
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment