Hiburan: May 23, 2020 at 08:07AM
Setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri, pasti teringat momen ketika waktu kecil dahulu, teruja nak dapat duit raya. Betul tak? Apabila meningkat dewasa, giliran kita pula memberi duit raya. Memang seronok jika diimbas kembali.
Namun tahun ini satu dunia ditimpa ujian besar apabila berdepan virus Covid-19 yang masih belum lagi ditemui penawarnya. Kami pasti raya tahun ini akan memberi seribu kelainan buat kita. Apa-apa pun raya tetap raya. Jangan kerana virus ini membuatkan kita lupa tradisi 'duit raya' ini. Kali ini kami kongsikan dengan korang cara bagi duit raya versi PKKB ini. Duduk rumah pun boleh bagi duit raya tau!
E-Duit Raya
Aplikasi E-Duit Raya bukanlah satu benda yang baru. Walaupun ia sudah lama diperkenalkan, namun kami pasti masih ramai tidak menggunakan aplikasi ini sebaiknya. Apa kata untuk tahun ini korang bagi duit raya melalui sini. Sangat mudah hanya dengan menggunakan perbankan internet, korang boleh transfer seberapa banyak jumlah duit raya yang korang nak bagi. Mudahkan?
Jika korang rasa benda ini leceh, korang boleh terus transfer bank in seperti biasa. Haaa. Tiada alasan lagi untuk tidak beri duit raya. Segalanya di hujung jari.
E-Wallet
Mesti korang pernah dengar apa itu E-wallet kan? Fungsi E-Wallet ini sama macam dompet korang tapi ianya secara digital. Sesuai dengan zaman teknologi serba canggih ini, segalanya mudah dan cepat digunakan. Seperti kad kredit atau debit, kebanyakan e-wallet dihubungkan terus dengan akaun bank individu dan dilindungi dengan kata laluan serta pengenalpastian.
Untuk tahun ini, apa kata gunakan E-Wallet ini untuk memberi duit raya. Haa baru la canggih gitu! Sebenarnya terdapat banyak aplikasi yang menggunakan sistem e-wallet ini. Korang boleh pilih mana-mana yang memudahkan korang contohnya Touch n Go, Grab, FavePay, WechatPay dan banyak lagi.
Tukarkan duit raya kepada voucher
Selain dari wang ringgit, korang boleh juga tukar duit raya kepada kupon raya. Nampak macam pelik tapi dengan zaman serba moden sekarang kami pasti budak-budak pun dah tahu nak guna kupon kupon ini. Ingat tak kecil-kecil dulu di sekolah kita sudah didedahkan dengan sistem kupon makanan ini? Cuma bezanya kali ini kita memberi kupon secara atas talian dan dapatkan 'code' untuk diberi kepada penerima.
Kupon ini boleh dibeli dimana-mana laman terpilih contohnya Fave atau Grab. Tidak semestinya kupon yang korang beri itu harus mempunyai nilai yang tinggi. Boleh juga membeli kupon makan di Grab sebagai contoh. Apa yang penting ikhlas dalam memberi dan penerima pun gembira bukan kepalang!
Belanja top-up!
Bagi kami ini cara paling diminati oleh kanak-kanak zaman sekarang yang sememangnya memerlukan topup untuk melayari internet. Tak jumpa hari raya tiada masalah, yang penting berikan mereka topup secukupnya. Hehe. Lebih-lebih lagi musim duduk rumah ini, quota internet pasti cepat habis. Apa lagi alasan korang untuk tak beri duit raya? Topup raya pun boleh. Betul tak adik-adik?
Tangguh sampul duit raya
Cara terakhir yang paling senang adalah tangguh pemberian duit raya. Ini solusi paling mudah selain dari di atas. Kali ini cuba whatsapp anak-anak buah atau saudara kecil korang itu untuk memilih sampul duit raya pilihan mereka. Untuk lebih keseronokan, mungkin korang boleh pelbagaikan jenis sampul duit raya dan jumlah di dalamnya.
Namun sampul ini akan diberi selepas kita bebas Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Walaupun mengambil masa sedikit, namun demi kesihatan dan keselamatan bersama apa salahnya kita berkorban. Yang penting duit raya dah reserved awal-awal. Haa jangan lupa claim nanti ye. Apa-apa pun kami di Oh!Bulan mengucapakan selamat hari raya kepada semua. Stay safe and enjoy your raya!
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment