Hiburan: May 12, 2020 at 03:28AM
Pemberian vaksin kepada haiwan peliharaan adalah sangat penting untuk mencegah daripada ancaman penyakit merbahaya. Ketahanan tubuh juga akan menjadi lebih responsif jika haiwan terdedah kepada penyakit pada masa akan datang.
Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa pemilik sebenarnya boleh mengancam kesihatan mereka sendiri. Seperti perkongsian invidu ini di Twitter, tangan suaminya tiba-tiba membengkak selepas digigit seekor kucing liar.
Gigitan kucing bahaya
Menceritakan secara ringkas, mereka pada awalnya mula mengambil seekor kucing terbiar untuk dijadikan haiwan peliharaan. Kucing tersebut belum sempat disuntik vaksin ekoran perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.
Difahamkan, kucing tersebut suka 'bermain' kasar dengan cara menggigit. Keesokan harinya badan suami sedikit panas dan tidak bermaya. Kawasan gigitan di tangan mula berdenyut-denyut dan meradang.
Mereka ke klinik kesihatan terdekat dan diberikan antibiotik namun bengkak masih tidak surut malah bertambah teruk.
Terpaksa dibedah
Tidak tahan rasa sakit, pasangan ini bergegas ke jabatan kecemasan dan suami ditahan wad disebabkan jangkitan kuman yang serius. Selepas pembedahan, doktor memaklumkan banyak tisu sudah mati dan terpaksa membuangnya.
Wanita ini menegaskan jangkitan kuman akibat gigitan kucing adalah sangat bahaya dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil mudah. Malah, sebenarnya ramai juga pernah mengalami pengalaman yang serupa.
Pengalaman serupa
Sumber : Anis Khalidi
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment