Pages

Hiburan: Teman Lelaki Gadis Campak Bayi Dari Tingkat Empat Ditahan Polis

Hiburan: May 15, 2020 at 04:03AM

Baru-baru ini seorang ibu bertindak luar batasan apabila mencampak anak sendiri yang baru dilahirkan dari tingkat empat di kediamannya di Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Georgetown. Suspek dipercayai panik dan membuat keputusan untuk membuang bayi tersebut agar tidak diketahui ahli keluarganya.

Usaha pihak polis untuk menjejaki teman lelaki suspek bagi membantu siasatan membuah hasil apabila suspek dilaporkan telah menyerah diri di balai polis.

Serah diri di balai polis

Menerusi laporan Berita Harian, suspek berusia 18 tahun merupakan teman lelaki kepada wanita yang mencampak anaknya dari tingkat empat telah menyerah diri pada jam 8.40 malam di Balai Polis Bayan Baru. Pihak polis telah memperoleh permohonan reman dari mahkamah dan siasatan lanjut bakal dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Suspek tiada rekod jenayah

Siasatan mendapati lelaki itu berasal dari Kampung Padang Bekuai, Selarong, Pengkalan Hulu, Perak dan kini menetap di Bayan Lepas, dekat sini.

Saringan kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau

Menurut Superitendan AA Anbalangan, Ketua Polis Daerah Barat Daya mendapati suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai, mengaku mengenali remaja wanita berkenaan sebagai kekasihnya. Suspek jua tiada rekod jenayah lampau.

Sumber: Berita Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular