Pages

Hiburan: Teringin Nak Makan Nasi Dagang Terengganu? Jom Cuba Resepi Ini, Guna Rice Cooker Je Dah Siap!

Hiburan: May 28, 2020 at 11:49AM

Nasi Dagang merupakan sajian tempatan yang sangat popular di negeri Terengganu dan Kelantan. Walaupun begitu, kedua-dua negeri ini mempunyai resepi yang berbeza-beza. Bagi negeri Terengganu, nasi dagang diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut kemudian dimasak bersama-sama santan kelapa. Manakala, nasi dagang di Kelantan pula berwarna coklat kerana ianya dimasak menggunakan 'beras dagang'.

Jom kita baca resepi Nasi Dagang Terengganu yang dikongsikan oleh Eja Fendi di laman Facebooknya. Apa yang menariknya, nasi dagang ini sangat mudah disediakan hanya menggunakan rice cooker sahaja!

Bahan-bahan untuk nasi

Sekadar gambar hiasan

Hari ini try guna rice cooker masak nasi dagang Ganu. Alhamdulillah menjadi. Ada anak kecik ni payah nak guna pengukus sebab perlu masa yang lama dan kena jaga betul-betul masa mengukus. Kalau tak berapa nak rajin boleh guna rice cooker dan yang penting sukatan beras dengan air sama banyak. Jangan terkurang atau terlebih.

– 4 cawan beras basmati
– 1 cawan beras pulut (Beras dan pulut dibasuh dan direndam 1-2jam)
– Santan kotak kecil tambah air sama dengan jumlah beras
– 1 sudu halba
– 2 ulas bawang merah
– 1/2 in halia

Cara-cara

– Santan sekotak kecil 200ml di campur air sampai cukup 5 cawan ikut cawan sukat beras.
– Hiris bawang, halia dan campur sedikit halba dan secubit garam.
– Masuk dalam periuk nasi. Masak mcm biasa. Boleh alas daun pisang utk wangi lagi.

Bahan-bahan untuk gulai

– 1 ekor ikan tongkol @ ikan aye saiz sederhana besar
– 3 ulas bawang putih, diketuk
– 1 inci halia, hiris
– 1/2 inci lengkuas, hiris
– 3 keping asam gelugor
– 1 camca teh garam
– 1 biji bawang besar, hiris
– 1 ulas bawang putih, hiris
– 1/2 camca teh halba
– 1/4 camca teh jintan manis
– 2 camca besar penuh cili kisar
– 1 camca besar penuh rempah masak cap rose
– 1 camca besar penuh rempah gulai cap rose
– 10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
– 1 biji bawang besar, belah 6
– 1 camca besar gula melaka
– 1 cawan pati santan
– Air rebusan ikan secukupnya
– Garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus

Sekadar gambar hiasan

– 8 biji bawang merah kecil
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 inci halia
– 1 inci kunyit hidup
– 3 keping hirisan lengkuas

Cara membuat

Sekadar gambar hiasan

1. Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebus. Asingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan. Letak asam keping dan garam. Rebus sampai masak dan ketepikan.
2. Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
3. Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cili padi belah. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang…

Bahan untuk acar mentah

– 2 biji timun
– 1 batang lobak merah saiz besar
– 1 biji bawang besar
– 1 biji cili merah
– 6 camca besar cuka makan
– Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya

Sekadar gambar hiasan

1. Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
2. Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut. Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan.

Sumber: Eja Fendi



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular