Pages

Hiburan: Terkandas Di Jakarta, Baby Shima Akur Tak Dapat Pulang Beraya

Hiburan: May 16, 2020 at 08:23AM

Terkandas di Jakarta, penyanyi Baby Shima terpaksa akur meraikan Aidilfitri tanpa keluarganya susulan pandemik COVID-19 yang berleluasa ketika ini.

baby shima

Menurut Shima, beliau mahu pulang ke tanah air bersama keluarga di Masai, Johor kerana bimbang akan keselamatannya di sana.

Tambahnya lagi, Shima turut merasa lebih selamat berada di Malaysia berbanding terus menetap di Jakarta.

Namun begitu, Shima terpaksa membatalkan hasratnya kerana bimbang kemungkinan boleh dijangkiti virus tersebut semasa "terperuk" dalam pesawat selama dua jam untuk tiba di Kuala Lumpur.

Shima juga turut dinasihatkan oleh rakannya yang juga seoarang doktor untuk menangguhkan perjalanannya itu supaya tidak mudah terdedah dengan sebarang perkara yang tidak diingini.

"Nampak gayanya, hanya panggilan video menjadi pengganti diri antara saya dan keluarga pada pagi raya," katanya kepada BH Online.

Walau bagaimanapun, Shima bernasib baik kerana bernaung di bawah syarikat pengurusan Nagaswara yang tidak pernah lupa menghantar bekalan makanan asas sepanjang terkurung di Jakarta.

Selain menerima layanan baik, Shima turut menyatakan bahawa sewa rumah juga turut dibayar syarikat pengurusannya.

Sejak "lockdown" dikuatkuasakan di Jakarta, penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini berkata banyak undangan persembahan terpaksa dibatalkan, malah komitmen seni di Malaysia juga terjejas susulan COVID-19.

Ujar Shima lagi, beliau kini difahamkan banyak menghabiskan masa dengan membuat kandungan untuk YouTube namun ada masanya beliau seakan kering idea mencari bahan yang boleh dimuatkan dalam salurannya mungkin kerana terlalu lama berkurung.

Sumber: BH Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular