Hiburan: May 22, 2020 at 03:58AM
Siapa tidak kenal Ustaz Ebit Lew yang kini semakin mendapat perhatian ramai ekoran sikap mulianya membantu orang. Tidak kira bangsa mahupun agama dirinya tetap ringan untuk menghulurkan bantuan.
Namun begitu, masih wujud segelintir pihak seakan tidak senang melihat Ebit berbakti menghulurkan bantuan kepada mereka yang memelukan.
Perkara tersebut mendapat perhatiannya sehingga Ebit terpaksa bertindak mendedahkan sumber pendapatannya apabila timbul pelbagai persoalan daripada pelbagai pihak berkenaan kekayaannya.
Malah golongan ini juga seakan mempersoalkan dari mana pendakwah itu mendapat duit sebegitu banyak sehingga ada yang mendakwa dirinya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri.
Meskipun dilanda pelbagai tomahan, Ebit langsung tidak patah semangat. Beliau yang mempunyai 3 cawangan restoran dan mempunya butik pakaian itu turut meluahkan hasratnya yang mahu membuka 10 cawangan pasar raya barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.
Ebit bagaimanapun turut berkongsi perkara tersebut bersama pengikutnya di laman Instagram, malah turut memohon doa orang ramai supaya niatnya itu akan tercapai dan menjadi asbab kebaikan.
"Pohon doakan niat baru ini. Doa ramai orang dan sokongan semua. terima kaseh yer selama ini mendoakan. ALLAH sahaja membalasnya. Allah sayang."
Perkongsian yang mendapat ratusan ribu tanda suka itu dibanjiri pelbagai reaksi malah di ruangan komen rata-rata pengikutnya tetap menyokong hasrat pendakwah berkenaan serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment