Hiburan: May 28, 2020 at 09:20AM
Viral di media sosial satu video yang memaparkan pergaduhan antara beberapa individu yang berlaku di hadapan sebuah gerai makanan. Menerusi laporan Berita Harian, pergaduhan didakwa berpunca daripada seorang individu yang bermain mercun sehingga hampir terkena seorang pekerja gerai makan terbabit. Kejadian yang berlaku di Wakaf Che Yeh, Kelantan telah menyebabkan pergaduhan membabitkan dua kumpulan.
Gaduh sebab mercun
Menerusi rakaman video tersebut, seorang wanita telah dipercayai ditampar oleh seorang lelaki. Beberapa individu di tempat kejadian turut cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku. Dilihat juga terdapat wanita yang menangis akibat kejadian yang berlaku.
Tak perlu sampai gaduh
Pada awalnya tidak timbul isu besar dan hanya disebabkan seorang bermain mercun dan hampir terkena pekerja kedai nasi ayam, maka berlaku pergaduhan dan ada yang tular di media sosial.
Akibat pergaduhan itu, ada dalam kalangan mereka mengalami kecederaan ringan disebabkan ada yang ditampar dan ditarik rambut, selain membaling menggunakan peralatan dapur.
Kesemua mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan 427 Kanun Keseksaan kerana mengkhianat.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, kesemua yang terlibat termasuk anak beranak dan pekerja kedai makan tersebut telah ditahan. Kejadian itu telah menyebabkan beberapa individu cedera ringan akibat ditampar, ditarik rambut dan dibaling objek yang dipercayai peralatan dapur. Tambahnya lagi, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ianya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf.
Sumber: Berita Harian
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment