Pages

Hiburan: Wanita Bingung 8 Kali Disahkan Positif Covid-19 Selepas Jalani 9 Ujian Saringan

Hiburan: May 22, 2020 at 04:41AM

Di Ottawa, Kanada, seorang wanita dipercayai positif wabak Covid-19 sebanyak lapan kali. Menerusi laporan Fox News, wanita yang dikenali sebagai Tracy Schofield itu dijangkiti wabak berkenaan sejak Mac yang lalu, dan kini sudah menjalani sembilan ujian saringan sebelum bebas daripada virus tersebut.

Menggigil dan sesak nafas

Tracy dipercayai mengalami gejala Covid-19 seperti demam dengan suhu 41 darjah Celcius, menggigil dan sesak nafas pada 30 Mac yang lalu. Simptom yang dihidap Tracy itu ternyata menunjukkan dia positif virus berkenaan untuk pertama kalinya pada hari keesokannya. Lebih menyedihkan, kesemua tujuh-tujuh ujian saringan seterusnya turut mengesahkan dia masih positif virus berkenaan.

Melalui ujian kelapan, Tracy akhirnya disahkan negatif dan meluahkan perasaan gembira. Kegembiraan tersebut tidak bertahan lama apabila dia kembali disahkan positif virus itu pada ujian kesembilan.

Bakal menjalani ujian saringan ke-10

Menerusi laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit perlu disahkan negatif menerusi dua ujian diadakan berturut-turut sebelum boleh diisytiharkan bebas virus berkenaan. Pada masa ini, wanita tersebut perlu menunggu untuk menjalani ujian saringan kali ke-10. Meskipun sudah lebih 50 hari Tracy berdepan dengan wabak berkenaan, dia masih mengalami sesak nafas.

Profesor Immunologi di Universiti Waterloo di Ontario, Brian Dixon, pula memberi pandangan di mana terdapat kebarangkalian ujian saringan yang dibuat terhadap Tracy memberi keputusan yang salah. Ini kerana, setiap individu hanya akan memberi sampel yang kecil daripada badan mereka.

Sumber: Fox News



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular