Hiburan: May 14, 2020 at 06:43AM
Berkalibel dan mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang seni, dua personaliti industri hiburan tempatan iaitu penyanyi Datuk Syafinaz Selamat dan pelakon Zul Huzaimy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkuat kuasa 1 Mei lalu.
Kredit – Harian Metro
Menurut laporan mStar, Syafinaz dan Zul merupakan antara tiga pelantikan baharu termasuk Tan Sri Norliza Rofli yang juga merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
"Aswara dan Kementerian Pelancongan, seni dan Budaya Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan tiga perlantikan Ahli Lembaga Pengarah Aswara baharu iaitu Tan Sri Norliza Rofli, Datuk Syafinaz Selamat dan Zul Huzaimy Marzuki. Perlantikan ini berkuatkuasa 1 Mei lalu. Tahniah diucapkan," katanyanya.
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram Zulhuzaimy, beliau berjanji akan menjalankan amanah serta tanggungjawab itu dengan sebaiknya.
View this post on InstagramA post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m) on
"Alhamdulillah di atas kepercayaan yang telah diberikan. Teima kasih atas perlantikan ini.
"Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Doakan yang terbaik buat saya," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuklah rakan artis turut berbangga dengan pencapaiannya, malah ruangan itu juga dihujani dengan ucapan tahniah di atas perlantikan tersebut.
Untuk rekod, sebelum ini pada 2018, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Aswara malah perlantikannya itu juga turut mendapat riaksi yang positif daripada semua pihak.
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment