Pages

Hiburan: Zulin Aziz Dapat Tawaran Berlakon Filem Tamil

Hiburan: May 5, 2020 at 07:18AM

Rasanya siapa yang mengikuti laman media sosial Zulin Aziz pasti mengetahui bahawa selebriti itu sering memuat naik pelbagai video kelakar untuk hiburan pengikutnya.

zulin aziz

Tambahan pula, wanita cantik itu juga sering melakukan pelbagai sedutan parodi filem daripada pelbagai negara terutamanya genre Bollywood hampir saban hari.

Bahkan bukan rakyat Malaysia sahaja terhibur malahan video kreatif Zulin pernah mendapat perhatian Arjun Rampal suatu ketika dahulu apabila tanpa sengaja terlihat  salah satu sketsa Bollywoodnya itu.

 

View this post on Instagram

 

Dia bersubahattttt rupanya!!!! Tok kiah dgn arjun ni nak kene ni. Takde mood nak masak sahur!!?

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz) on

Kini, rezeki nampaknya telah mengetuk pintu wanita ini apabila dia dikhabarkan menerima tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Tamil. Berita baik itu sendiri telah dikongsi oleh Zulin menerusi laman Instagramnya.

Gembira dengan berita tersebut, Zulin nampaknya dah tanam impian untuk bertemu muka dengan pelakon popular Tamil iaitu Rajnikanth!

Rata-rata pengikut Zulin dan juga rakan artis yang lain turut melahirkan rasa cemburu melihat peluang yang tak setahun sekali datang. Mereka juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada wanita itu.

rakan artis ucap tahniah pada zulin aziz

Tahniah Zulin! Lepas ini 'terjah' filem Bollywood pula.


Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular