Pages

Hiburan: Budak 5 Tahun Maut, Jatuh Kolam Ketika Tunggu Ibu Temuduga Kerja

Hiburan: July 14, 2020 at 05:24AM

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang sebuah resort. Dalam kejadian jam 3 petang di Sungai Petani itu, ibu yang berusia 19 tahun membawa anak bersama untuk temuduga kerja.

Teman ibu temuduga

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah dalam laporan Harian Metro berkata, kanak-kanak lelaki tersebut dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia.

Si ibu menyedari anaknya tiada bersama ketika menunggu keputusan temuduga.

Sebelum itu, wanita berkenaan mendakwa melepaskan anak sulungnya dari dua beradik itu bermain di sekitar kawasannya menjalani temuduga.

Beberapa minit kemudian, dia mendapati anaknya hilang dan bertindak mencari mangsa sebelum menjumpai anaknya sudah terapung di kolam orang dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Siasatan di lokasi kejadian mendapati jarak antara tempat temuduga dengan kolam berkenaan kira-kira 30 meter dan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mangsa mengikut ibunya ke resort dari Tanjung Dawai untuk mencari pekerjaan.

Berat dugaan

Sementara itu di ruangan komen, orang ramai tumpang bersedih dengan kehilangan tersebut. Di dalam usaha mencari pekerjaan untuk meneruskan hidup, si ibu diuji kehilangan permata hati yang cukup disayangi.

Sumber : Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular