Hiburan: July 7, 2020 at 05:46AM
Bertindak memuat naik foto memakai gaun seksi sehingga menampakkan bahagian dadanya, pelakon Sharifa Sakinah dihujani caci maki netizen hingga wujud dalam kalangan pengikutnya meminta pelakon tersebut memadam foto berkenaan.
Malah, tindakannya itu mengundang tanda tanya netizen yang mempersoalkan adakah suaminya tidak marah Sakinah tampil berkongsi foto tersebut. Dalam pada itu, posting tersebut juga turut dibanjiri dengan komen lucah serta ada yang berani mengkritik buah dadanya kerana bersaiz kecil.
Bagaimanapun, tidak sekadar mahu berdiam diri, Sakinah dikhabarkan tampil bersuara berkenaan foto itu. Menurutnya, netizen tidak perlu sibuk tentang rumah tangganya. Hal ini kerana, andai netizen tidak suka pada dirinya, beliau tidak memaksa untuk pengikut mengikutinya di laman berkenaan.
Bercakap mengenai sindiran netizen yang mengkritik buah dadanya yang leper, Sakinah menyatakan tidak baik menghina tubuh badan seseorang, malah turut memberikan kata-kata pedas kepada mereka yang menghina fizikalnya.
"Saya baca sebahagian komen, ada yang cakap dada saya leper. Sebenarnya tidak boleh menghina fizikal orang lain tubuh badan. Tak baik jugakla sebab seksi kan. Tapi sekurang-kurangnya lebih besar dari otak korang."
Walau bagaimanpun, Sakinah turut mengakui kesilapannya kerana memuat naik gambar yang boleh mengundang perbalahan sedemikian rupa. Malah mengakui dirinya adalah seorang yang sukakan perhatian dan memohon agar semua pihak mendoakan dirinya menjadi seseorang yang lebih baik pada masa akan datang.
"Lebih bagus dengan hanya meminta maaf sahaja. Pintu taubat masih terbuka dan saya minta semua orang untuk mendoakan saya jadi yang lebih baik."
Sumber: Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment