Hiburan: July 11, 2020 at 03:15AM
Jika sebelum ini Nur Sajat menjadi individu terpilih untuk ditegur oleh Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri kerana berpakaian seksi, nampaknya kali ini giliran usahawan terkenal, Safiey Illias pula menjadi bahan teguran.
Teguran serta luahan perasaan itu telah dilontarkan PU Syed menerusi satu entri di Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurutnya, Safiey juga merupakan salah seorang individu yang pada awalnya telah bertaubat, namun memilih semula untuk menjadi seorang 'wanita tidak tulen' atau dikenali sebagai 'paknyah'.
Punca utama PU Syed membuat entri berkenaan adalah kerana dia merasakan Safiey telah mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat di luar sana. Perkara tersebut tidak harus dilakukan dan perlu segera dirawat sebelum ianya melarat.
View this post on InstagramA post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on
"Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ p*nai dan dilahirkan sebagai lelaki. Namun disebabkan 'perasan' yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka,"
Bagi PU Syed, sifat yang terhasil daripada imaginasi sonsang in haruslah dirawat segera oleh pakar psikiari misalnya dan bukanlah mencari alternatif lain seperti pakar kecantikan atau doktor bedah plastik yang hanya ingin mengaut keuntungan ke atas golongan ini semata-mata.
Entri berkenaan ternyata telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata menyokong PU Syed mengenai isu berkenaan. Ada juga yang turut mendoakan supaya kedua-duanya iaitu Sajat dan Safiey diberikan hidayah dan kembali ke pangkal jalan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment