Pages

Hiburan: Didakwa Langgar Kontrak, Nelydia Senrose Berdepan Hukuman Saman RM160,000

Hiburan: July 8, 2020 at 04:21AM

Didakwa melanggar kontrak sebagai duta pada tahun lalu, pelakon jelita Nelydia Senrose disaman pihak syarikat produk kosmetik tekemuka tanah air, Chriszen Malaysia Sdn Bhd.

nelydia senrose disaman rm1600000

Menurut pengarah urusannya, Mandy Leong Chen Mun, pihaknya hanya mahu menuntut pulangan wang sebnayak RM160,000 sebagai ganti rugi daripada pelakon tersebut.

Kata Mandy, sebanyak RM102,000 telah dibayar kepada Nelydia bagi tujuan mempromosikan produk berkenaan. Namun, kakak kepada aktres Uqasha Senrose ini dikhabarkan gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai duta dan sekali gus pihak Chriszen mengganggap bayaran berkenaan tidak setimpal dengan tugas yang dijanjikan.

nelydia senrose disaman rm1600000

"Sebaik dia (Nelydia) bersetuju dengan kontrak syarikat kami sebagai duta, saya sudah membayarnya sebanyak RM102,000 iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh."

Menurut Mandy, beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama sebaiknya kerana hanya terbabit dengan satu sesi fotografi sahaja dan gagal melaksanakan kerja yang lain.

"Antaranya membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial, menghadiri dua kali promosi di televisyen dan datang ke majlis pelancaran produk kami pada 25 April tahun lalu."

Prosiding perbicaraan hari pertama kes itu dijalankan hari ini di hadapan Hakim Shamsuddin Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

nelydia senrose disaman rm1600000

Bagaimanapun, disoal berkenaan kes ini kespada Nelydia, dirinya yang hadir bersama suami di mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan berkenaan dan menyerahkan sahaja segalanya kepada pihak mahkamah.

"Maaf saya tak boleh komen apa-apa mengenai kes ini kerana tidak mahu mengganggu proses mahkamah."

Dalam pada itu, perbicaraan seterusnya akan disambung pada 16 Julai depan.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular