Hiburan: July 7, 2020 at 03:09PM
Pelakon cantik jelita Nelydia Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen berdepan dengan tuntutan rugi berjumlah RM160,000 kerana didakwa melanggar syarat kontrak sebagai duta produk kosmetik pada tahun lalu.
Kes masih berlangsung
Menerusi akaun Instagram miliknya, Nelydia ada mengeluarkan satu kenyataan berhubung dengan isu tersebut. Menurut pelakon ini, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dikeluarkan oleh pengasas dan pengarah urusan syarikat produk kosmetik berkenaan kepada pihak media. Tambah Nelydia, tuntutan kes yang masih berlangsung ini tidak sepatutnya disensasikan. Sebaliknya, serahkan sahaja kepada pihak mahkamah supaya mereka dapat mendengar isu ini secara penuh sebelum membuat keputusan.
Nelydia sedang menentang tuntutan
Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, syarikat produk kosmetik berkenaan dikatakan sudah membayar sebanyak RM102,000 iaitu hampir 70% daripada jumlah keseluruhan kepada Nelydia sebagai duta produk. Tetapi pelakon ini didakwa tidak mempromosikan dan melakukan publisiti seperti yang termaktub di dalam kontrak.
Antaranya membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial, menghadiri dua kali promosi di televisyen dan datang ke majlis pelancaran produk kami pada 25 April tahun lalu.
Sementara itu, menerusi kapsyen di Instagram, Nelydia menegaskan bahawa dia sedang menentang tuntutan ini di mahkamah undang-undang serta mempertahankan haknya dengan membuat tuntutan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Nelydia Senrose, Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment