Pages

Hiburan: Didakwa Sebar Fakta Kurang Tepat, Lelaki Ini Kecewa FB Sekat Video Puji Malaysia Tangani Covid-19

Hiburan: July 8, 2020 at 05:19AM

Pakar pergigian warganegara Amerika Syarikat, Dustin Pfundheller menerusi satu video di Facebook memuji tindakan pantas dan efektif Malaysia dalam memerangi pandemik Covid-19.

Walau bagaimanapun, video yang bertajuk Other Side of the Truth itu disekat oleh Facebook meskipun, tontonan sudah mencecah 3.2 juta.

Kecewa dengan tindakan Facebook

Menerusi video berdurasi 3:39 saat itu, Pfundheller meluahkan rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Facebook dan mempersoalkan tindakan seperti itu tidak seharusnya berlaku.

Bukan sahaja saya menggunakan fakta tepat dan mendapatkan banyak sumber dalam bidang di mana saya peroleh maklumat, saya juga mempunyai 30 YouTubers yang membuat pemeriksaan fakta mengenainya dan mengkaji semula video itu. Satu perkara yang saya dapati daripada kajian semula mereka adalah, ada banyak lagi seharusnya saya masukkan dalam video itu yang telah Malaysia lakukan. Sebagai contoh, memberikan perkhidmatan Internet percuma kepada rakyat.

Kecewa Malaysia tidak diendahkan

Ini amat mengecewakan kerana negara seperti Malaysia sering tidak diendahkan. Apabila anda lihat negara melakukan sesuatu yang hebat dalam melawan Covid-19, semuanya mengenai negara barat, atau mungkin Taiwan, tapi negara seperti Malaysia seolah-olah tidak wujud dalam peta dunia.

Tapi apabila ada seseorang mengisahkannya, ia dikatakan palsu dan Facebook menyekatnya, tanpa memberi penerangan mengapa mereka menganggap ia sebagai palsu dan mengelirukan. Saya tidak dapat apa-apa penjelasan berhubung perkara itu dengan Facebook, walaupun syarikat itu mempunyai pejabat di Malaysia.

Pakar pergigian itu turut memberitahu bahawa dia telah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan penghargaan buat Malaysia, tetapi usaha tersebut tidak dipedulikan. Di akhir video tersebut dia berharap pertubuhan besar seperti Facebook melayan semua orang secara saksama.

Sumber: Other Side of the Truth



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular