Hiburan: July 14, 2020 at 06:06AM
Seorang remaja perempuan menjadi mangsa bapa tiri yang bernafsu binatang selepas dia diperkosa beberapa kali sejak dua tahun lalu. Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 29 tahun itu turut merakam perbuatan kejinya itu bersama mangsa yang berusia 15 tahun ketika ahli keluarga yang lain sedang tidur.
Takut dengan ugutan
Mangsa takut akan ugutan itu dan tidak menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa.
Kejadian berlaku semasa ibunya tiada di rumah dan pada waktu malam selepas ibunya dan adik-beradik yang lain tidur di mana kejadian terakhir berlaku pada 30 Mei 2019.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, mangsa yang trauma berhubung kejadian telah membuat laporan di Balai Polis Rawang pada Jumaat lalu. Tambahnya lagi, mangsa juga telah diugut oleh suspek untuk menyebarkan video yang dirakam ketika mangsa sedang dirogol. Akibat takut dengan ugutan itu, mangsa terpaksa berdiam diri dengan tidak menceritakan kepada sesiapa.
Suspek menghilangkan diri
Ibu dan bapa kandung mangsa bercerai sejak 2015 sebelum ibunya berkahwin dengan bapa tiri (suspek) pada November 2018.
Pemeriksaan awal pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur mendapati terdapat kesan mangsa dirogol dan dia kini berada di bawah jagaan bapa kandungnya.
Bagaimanapun suspek dan ibu kandung mangsa menghilangkan diri sejak Jun 2019 dan polis kini sedang memburunya.
Hasil siasatan awal mendapati bahawa mangsa merupakan anak pertama daripada tiga adik-beradik. Suspek telah berkahwin dengan ibu kandung mangsa pada November 2018 selepas bercerai dengan bapa kandung mangsa pada 2015. Pihak polis telah berjaya mengenal pasti suspek yang berkerja sebagai penjual kereta terpakai di Jalan Ipoh. Walau bagaimanapun, suspek bersama ibu kandung mangsa dilaporkan menghilangkan diri sejak Jun 2019. Pihak polis kini sedang memburu mereka bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment