Hiburan: July 14, 2020 at 04:27AM
Acanthosis Nigrican adalah penyakit pigmentasi kulit yang agak biasa berlaku di kawasan yang gelap dan menyebabkan perubahan warna di bahagian pelipat kulit. Kulit yang terjejas boleh menjadi tebal.
Biasanya, acanthosis nigrican berlaku di ketiak, pangkal paha dan leher. Orang yang gemuk atau mengalami diabetes berpotensi tinggi menghidap penyakit ini. Di Facebook, Dr Zubaidi kongsi punca dan cara untuk merawat penyakit tersebut. Jom baca!
Punca-punca Acanthosis Nigrican
1. Rintangan insulin.
Kebanyakan orang yang mempunyai acanthosis nigrican juga mempunyai rintangan terhadap insulin. Insulin adalah hormon yang dirembes oleh pankreas yang membolehkan badan anda menghasilkan gula. Rintangan insulin adalah punca yang menyebabkan diabetes jenis 2.
2. Gangguan hormon.
Acanthosis Nigricans sering berlaku pada orang yang mempunyai penyakit seperti sista ovari, tiroid yang tidak aktif atau masalah dengan kelenjar adrenal.
3. Dadah dan suplemen tertentu.
Niacin berdos tinggi, pil perancang, hormon pertumbuhan manusia, ubat tiroid, suplemen tambahan untuk bina badan, prednison dan kortikosteroid boleh menyebabkan acanthosis nigrican.
4. Kanser.
Acanthosis Nigricans kadang-kadang berlaku bersama limfoma atau apabila tumor kanser mula tumbuh di dalam organ dalaman, seperti perut, kolon atau hati.
Acanthosis Nigricans biasanya dikesan semasa ujian kulit. Biopsi kecil daripada kulit akan diuji, untuk menolak kemungkinan penyebab lain. Sekiranya penyebab acanthosis nigrican tidak jelas, doktor mungkin mencadangkan ujian darah, X-ray, ujian glukosa dalam darah atau ujian insulin. Doktor juga boleh menyemak ubat-ubatan anda untuk mengetahui sama ada ia merupakan faktor penyumbang.
Bagaimana Acanthosis Nigricans dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk acanthosis nigricans. Rawatan terhadap puncanya boleh memulihkan warna dan tekstur di kawasan kulit yang terjejas. Dalam banyak keadaan, merawat masalah akar dapat membantu menghilangkan perubahan warna. Antara contohnya termasuklah:
1. Turunkan berat badan. Jika acanthosis nigrican adalah disebabkan oleh obesiti, penurunan berat badan boleh membantu.
2. Menghentikan pengambilan ubat-ubatan atau suplemen. Jika keadaan anda dilihat seolah-olah berkaitan dengan ubat atau suplemen yang anda gunakan, doktor anda mungkin menyarankan agar anda berhenti menggunakan bahan itu.
3. Menjalani pembedahan. Jika acanthosis nigricans dicetuskan oleh tumor kanser, pembedahan membuang tumor selalunya akan mengembalikan warna kulit.
Jika bimbang dengan penampilan kulit atau jika luka menjadi tidak selesa dan mula berbau, doktor korang mungkin akan mencadangkan sabun antibakteria, yang digunakan dengan lembut kerana penggosokan boleh memburukkan lagi keadaan kulit. Selain itu, boleh gunakan ubat antibiotik topical, ubat jerawat oral dan juga terapi laser untuk mengurangkan ketebalan kulit.
Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang dapat membantu menangani acanthosis nigrican ialah mengekalkan gaya hidup sihat, kurangkan berat badan, mengawal diet anda dan mengelakkan dari ubat-ubatan yang cenderung menyebabkan keburukan keadaan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment