Hiburan: July 14, 2020 at 09:45AM
Walaupun baru berusia 27 tahun, ahli parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terkenal sebagai seorang yang petah berbahas di Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja, segala rungutan dan rintihan anak muda juga sering dibawa ke parlimen oleh Syed Saddiq.
Semalam, Sidang Dewan Rakyat telah pun bermula. Namun, berlaku sedikit kekecohan ketika sidang itu berlangsung antaranya isu pelantikan speaker, isu warna kulit, isu pembentangan bajet dan beberapa isu lain yang dibangkitkan. Di Twitter, video Syed Saddiq didakwa diejek ketika berbahas mencuri tumpuan netizen.
Kena perli dengan orang-orang tua
Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. @SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.
Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni.
Bagi orang muda jaga negara la. pic.twitter.com/lAv8NDqf1P
— luq (@luqmanlong) July 13, 2020
Video pendek yang dikongsi pengguna Twitter Luqman Long berdurasi 1:52 minit menyaksikan tindakan beberapa ahli parlimen didakwa memerli Syed Saddiq yang bangun dari tempat duduknya bagi menyambung hujahan Tun Dr Mahathir.
Sebaik memulakan hujahan, beberapa ahli parlimen cuba melakukan provokasi dengan memerli beliau.
Sudahlah Muar
Muar pergi lompat pagarlah
Tanya atuk kenapa dia letak jawatan
Habis tercemar semangat dan intelektual
Sementara itu, personaliti televisyen iaitu Fedtri Yahya turut memberi respon terhadap situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat, tempoh hari.
Menurut Fetri, ahli parlimen yang lebih berpengalaman seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli parlimen yang jauh lebih muda berbanding mereka.
Perlu beri peluang
Kekesalan yang sama turut diluahkan pengguna sosial media yang merasakan Syed Saddiq wajar dilayan dengan baik memandangkan beliau merupakan wakil anak muda di parlimen.
Rata-rata netizen bagaimanapun memuji tindakan profesional Syed Saddiq yang kelihatan tenang walaupun bertubi-tubi menerima perlian tersebut.
Sangat profesional
Sumber: Luqman Long, Fedtri Yahya
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment