Pages

Hiburan: Ibu Campak Bayi Baru Lahir Dari Tingkat 13 Sampai Otak Berkecai, Kejam!

Hiburan: July 10, 2020 at 07:12AM

Seorang bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan meninggal dunia selepas dipercayai dicampak oleh ibu kandungnya dari tingkat 13 sebuah pangsapuri. Lebih menyedihkan apabila otak bayi berkenaan berkecai disebabkan jatuh dari tempat yang tinggi.

Otak berkecai

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan sendiri oleh ibu kandung bayi berkenaan yang berusia 18 tahun.

Menurut sumber, kejadian tersebut disedari oleh salah seorang penduduk yang melalui kawasan Pangsapuri Sri Ivory, Air Itam. Menceritakan kisah itu, saksi memaklumkan pada ketika itu dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan terdengar bunyi dentuman dari bawah bangunan tersebut.

Wanita dan teman lelaki ditahan

Bayi malang terbabit dipercayai dibuang oleh ibunya dari bilik utama salah sebuah unit pangsapuri yang setinggi 25 tingkat itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong telah mengesahkan mengenai kejadian ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Susulan daripada insiden yang berlaku, wanita terbabit bersama teman lelakinya telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular