Pages

Hiburan: Isteri Sebak Suami Meninggal Dunia Depan Mata Semasa Pulang Beli Motosikal Idaman

Hiburan: July 13, 2020 at 07:10AM

Terukir senyuman di wajah seorang lelaki bergelar suami apabila berjaya memiliki motosikal idamannya. Namun hari yang sepatutnya indah bertukar tragedi apabila dia dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas membawa pulang motosikal yang baru dibelinya itu.

Berita yang menyetuh hati ini dikongsikan sendiri oleh isterinya Dalila Zolkofli. Menurutnya, si suami sungguh mengimpikan untuk memiliki jentera motosikal Yamaha R15 sejak dari mereka belum berkahwin lagi.

Minat motor ni dari sebelum kahwin

Dia minat sangat motor ni dari sebelum kahwin lagi. Hari-hari tengok gambar motor, siap buat wallpaper lagi (selang seli dengan gambar kahwin). Katanya dah lama cari motor macam ni. Body besar, tapi slow. Idaman sangat.

Dia pernah cakap, 'kalau la abang dapat motor ni, hidup abang dah lengkap. Semua cukup'.

Tapi masih ragu-ragu, 'perlu ke tak eh abang beli motor ni? Tapi ni keperluan sebab motor lama dah rosak, bahaya ulang alik kerja. Oklah macam ni, kalau penjual tu letak harga sekian-sekian, kira ni rezeki abang, abang ambil terus. Kalau tak dapat harga ni, abang tak payah belilah'.

Menurutnya, motosikal berkenaan merupakan motosikal idaman suaminya. Pada mulanya, suaminya ragu-ragu untuk membeli motosikal berkenaan, namun membuat keputusan untuk membeli selepas harga yang ditawarkan oleh penjual berpatutan dan masih dalam bajetnya.

Senyum sampai ke telinga

'Satu dua. Ok Jumaat dua hari lagi'. 'Esok Jumaat kan? Abang dah ambil cuti ni urus motor'.

Aku pun selalu usik, 'cecece moto baru', seronok tengok dia senyum sampai telinga.

Masa ni aku tahu dia happy gila. Mesti renyih tak berhenti tu. Tak sabar nak sampai rumah nak usik dia. Harap-harap kat bawah helmet tu, dia ada jeling sikit ke sini ya, sebab ni last bertentangan mata dengan dia.

Memang aku ikut rapat je. Aku risau tak tahu kenapa nak risau padahal bukan first time dia bawa motor. Tapi entahlah. Alang-alang tu rakam la dia dari belakang.

Tambahnya lagi, suaminya begitu teruja untuk menunggu hari membawa pulang motosikal baru berkenaan. Setelah tiba hari yang dinanti, suaminya senyum tak berhenti selepas dapat memiliki motosikal idamannya itu. Bagaimanpun, naluri hati seorang isteri yang tiba-tiba risau akan suaminya yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah walaupun suaminya sudah biasa menunggang motosikal.

Kereta dari slow tiba-tiba terus jem

Seriously sampai ada terdetik, kalau aku bawa kereta betul-betul belakang dia selamat sikit sebab boleh jaga jarak dia dengan kereta lain. Haa sampai macam tu punya over thinking. Aku menyaksikan yang dia memang betul-betul bawa slow.

Sebelum kitorang masuk jalan yang sibu. So kereta agak slow. Jadi motor menyelit ke depan. Tiba-tiba kereta dari slow terus jem.

Kurang dari 2 minit, I saw orang angkat motor. 'Allahu ni macam motor dia. Harap-harap orang lain'.

Dia terdetik untuk membawa perlahan mengekori suaminya sehingga tiba di satu jalan yang agak sesak. Selepas itu dia tidak dapat melihat bayang suaminya kerana motosikal boleh menyusuri laluan yang sesak itu. Namun, secara tiba-tba laluan yang pada mulanya perlahan tiba-tiba bertukar sesak yang teruk.

Selepas kurang dari dua minit, dia ternampak beberapa orang awam mengangkat motosikal seperti milik suaminya. Dia berharap agar mangsa bukanlah suaminya.

Nampak dia terbaring atas jalan

Nampak dia terbaring atas jalan. Park kereta, terus lari sekuat hati tengah jalan sambil meraung. Macam drama.

'Sabar puan. Istigfar banyak-banyak'. 'Inform keluarga lain, bagitahu mak dia'. 'Puan kena ajar dia mengucap ni'. 'Puan bisik nama Allah kat telinga dia'. 'Puan ada kain apa-apa tak? Pendarahan banyak ni. Compress dulu sementara tunggu ambulan'. 'Puan saya dari insuran…'. 'Puan saya owner kereta yang langgar dia…'.

Tak berhenti-henti perkataan puan-puan. Sampai saya sukar untuk bernafas.

Setakat ini jodoh kami. Semoga kembali berjodoh di syurga. Mungkin ada kehidupan yang lebih baik di sana, dengan anak-anak yang kita tak sempat miliki kat dunia ni.

Sejurus selepas itu, dia melihat tubuh suaminya terbaring di atas jalan raya berlumuran darah. Dia yang panik terus menangis di sisi tubuh suaminya sebelum ambulans tiba.

Alhamdulillah ramai sayang arwah

Thank you semua yang mendoakan. Yang bagi bantuan dari awal sampai akhir. Yang sentiasa ada. Yang bagi kata semangat.

Aku baca je semua komen, tapi tak sempat nak reply. Alhamdulillah ramai sayang arwah. Rest well sayang. I love you.

Suaminya dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk. Dia bersyukur kerana ramai yang membantu dirinya dan keluarga untuk menempuhi dugaan ini. Dia turut bersyukur kerana ramai sahabat arwah yang menyayangi arwah.

Sumber: Dalila Zolkofli



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular