Pages

Hiburan: Menipu Bajet Rendah Demi Nak Harga Murah, Jurugambar Sedih Ramai Bakal Pengantin Tak Jujur

Hiburan: July 7, 2020 at 05:19AM

Menggalas tugas sebagai fotografer perkahwinan bukan sebuah tanggungjawab yang mudah. Mereka terpaksa melayani bakal-bakal pengantin dengan pelbagai kerenah dan ragam. Termasuklah, ingin mendapatkan pakej lengkap foto dari sesi akad nikah, sanding dan outdoor tetapi ingin memiliki harga yang paling murah.

Seorang fotografer iaitu Hakim Halym menerusi laman Facebook meluahkan rasa terkilan apabila berdepan dengan masalah demand bakal pengantin. Sudah pastinya, kerjaya sebagai juru gambar juga terjejas dari segi ekonomi sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19.

Pening dengan client musim Covid-19

Fotografer perkahwinan ini menyeru kepada bakal pengantin untuk membuat confirmation terlebih dahulu sebelum membuat tempahan tarikh. Dia juga pernah berdepan dengan pelanggan yang tidak tetap pendirian. Diberitahu hanya bergambar semasa akad nikah sahaja tetapi siap sediakan busana untuk bergambar outdoor juga.

Aku pun pening main dengan clients musim Covid-19 ni, kata majlis akad nikah sahaja, tapi bila ke majlis siap tukar baju sanding nak outdoor lagi. Tapi harga nak sama book hari itu.

Ada client lain kata saya bajet rendah je merayu siap, aku pun bagi la pakej habis murah sebab fikir nak bantu, apa sekali pergi majlis bapak rumah besar kereta mewah aduhh, aku kena lipak. Kita kasihan orang tapi orang… urmm…

Ada client ni pula book wedding tahun lepas siap deposit tapi majlis tak jadi, hari ini PM semula katanya nak shooting, bila suruh deposit semula, kata saya dah deposit dah tahun lepas, rugilah tak shooting bayar deposit saja.

Ni lagi la, PM aku nak pakej wedding 3 hari berturut-turut, akad nikah sehari, sanding keesokan, outdoor lusa, nak harga super bajet. Aduhai pening aku main client macam ni.

Untuk pengetahuan, deposit tu tanda lock date, so memang burn kalau tukar tarikh atau cancel, sebab ramai mana client lain nak book date sama tapi aku lock khas untuk dia. Dah la rugi client, kalau return rugi pula deposit.

Bukan tamak, tapi korang kena faham

Tambahnya, apabila tidak berlaku kejujuran semasa komunikasi bersama fotografer, berkemungkinan besar akan menjejaskan mood untuk mengambil gambar hari bahagia anda. Harga dan pakej foto boleh dirunding bersama, asalkan anda jujur dalam menyatakan tarikh majlis dan situasi acara.

Please be honest majlis tu, hari ini cakap lain bila sampai majlis lain pula cerita. Bukan apa bila korang tipu, mood photographer nak ambil gambar tu faham-fahamlah campur baur, panas nak menyumpah apa. Jadi nak ambil foto tu dah rasa geram. Nak diskaun cakap la, bukan photographer jahat.

Korang wedding 3 hari makan space, tapi murah sangat tak berbaloi, korang tak kira tenaga, masa photographer tu. Dalam 3 hari tu boleh dapat different clients. Bukan tamak tapi korang fahamlah time ni la photographer ada job. Ada kala bulan lain tak ada job lansung. Ni je waktu cari makan.

Korang nak job gambar cantik, puas hati tapi bila korang ruin mood photographer memang nahas hasil dia. Kalau yang baru nak belajar photographer ambil bayaran murah korang complain tak cantik la itu la ini la.

Rule dalam photographer atau videographer, what you pay what you get and who paid booking first dia yang kita lock. Harap faham untuk future client.

Sumber: Hakim Halym



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular