Pages

Hiburan: Mula Berpakaian Ketat, Zulin Aziz Disindir Suruh Tanggal Tudung

Hiburan: July 7, 2020 at 05:16AM

Tampil dengan perubahan mendadak apabila berjaya mengurangkan berat badan, ramai kini seakan terkejut dengan penampilan baharu pengacara tersohor, Zulin Aziz. Meskipun tampil langsing dan berat badan menyusut, wujud juga segelintir pihak bagai tidak berpuas hati dengan kejayaannya itu.

zulin dipaksa buka tudung

Lebih perit, ramai juga menuduh dirinya mendapatkan rawatan sedut lemak dan menggunakan bahan terlarang untuk tampil kurus secara drastik.

Bagaimanapun, Zulin berkata dirinya sudah terbiasa dengan kejian dan penghinaan netizen. Hal ini kerana, beliau tidak mampu memuaskan hati semua orang kerana apa sahaja dilakukannya pasti akan ada sahaja tak kena di mata orang ramai.

zulin dipaksa buka tudung

"Ada yang menuduh cakap saya sedut lemak. Yang cakap saya ambil dadah pun ada. Ikutkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan lagi, boleh tengok video keadaan saya masih tembam lagi. Ia adalah proses."

Lebih perit, ada juga dalam kalangan netizen menyindir dirinya dengan menyuruh Zulin bertindak menanggalkan tudung kerana sudah mula berpakaian ketak sejak bertubuh langsing.

zulin dipaksa buka tudung

"Dalam hal ini, saya akui ada kalanya terleka dan tak perasan. Ia khilaf sendiri. Teguran orang buat saya tersentak dan lekas sedar. Saya tak marah, sebaliknya menghargai teguran membina."

Biarpun begitu, Zulin yang popular dengan sikap profesionalnya turut mengakui ada kalanya beliau juga sering terleka dengan apa yang dilakukannya, malah setiap teguran yang diterima membuatkan Zulin sedar akan kekhilafannya.

Sumber: BH Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular