Pages

Hiburan: Pernah Putus Sebab Orang Ketiga, Kasih Ameera Khan Dan FD Idzham Kembali Bertaut

Hiburan: July 8, 2020 at 03:20AM

Adat apabila hubungan cinta yang dijalinkan putus di tengah jalan. Mungkin sebab tidak serasi atau pun mungkin sebab terdapat masalah lain yang memutuskan jalinan kasih tersebut.

Meskipun kelihatan bahagia sebelum ini, ramai yang terkejut apabila melihat adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan putus dengan kekasih hatinya, FD Idzham.

ameera khan dan fd idzham kembali bercinta

Apabila ditanya mengenai punca perpisahan mereka, lelaki tersebut menjawab bahawa ia disebabkan oleh orang ketiga dan tidak memberikan penjelasan yang lebih panjang mengenai badai yang melanda perhubungan mereka.

Cuma FD Idzham meminta agar semua pihak berhenti menanyakan hal Ameera Khan kepadanya dan mencari sendiri wanita itu yang dikatakan sudah mempunyai teman lelaki baru.

Pun begitu, dalam diam, nampak gayanya, kasih kedua merpati sejoli ini sepertinya sudah kembali bertaut. Lihat sahajalah wajah gembira mereka dalam entri terbaru yang dimuat naik Ameera Khan menerusi laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

here's to the man who puts up with all my crazy ?? i love you forever

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Bahagia sungguh bunyi kapsyen yang ditulis pada entri tersebut.

"Inilah lelaki yang bertahan dengan semua gila saya. Saya sayang awak selamanya."

Bahkan mereka berdua sudah pun kembali mengikuti akaun Instagram masing-masing dan tak segan untuk berkongsi momen indah mereka berdua menerusi Instagram Story.

ameera khan dan fd idzham kembali bercinta

Harap mereka dapat halangi semua dugaan ketika bercinta, mana tahu kali ini boleh bawa sampai ke jinjang pelamin kan?



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular