Hiburan: July 12, 2020 at 03:19AM
Tetap gigih meneruskan sambutan ulang tahun kelahiran yang ketiga putera sulungnya iaitu Ayden Adrean, selebriti Bella Astillah yang kini sedang sarat hamil dikhabarkan pergi melakukan pemeriksaan doktor sebelum berlangsungnya majlis berkenaan.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh adiknya iaitu Didi Astillah ynag menyatakan hasil pemeriksaan pihak hospital, pintu rahim kakaknya sudah terbuka 2 sentimeter namun Bella tetap gigih meraikan sambutan tersebut.
"Doktor beritahu yang bukaan sudah 2 cm tapi belum tiba masa untuk bersalin, jadi kami pun pulang ke rumah. Walaupun dalam keadaan macam tu, Bella tetap nak buat birthday Ayden."
View this post on InstagramA post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on
Bagaimanapun, Didi menyatakan Bella kini berada di hospital namun tidak dapat dipastikan sama ada bila agaknya kakaknya itu akan bersalin.
Menurut Didi lagi, meskipun suami Bella iaitu Aliff Aziz kini masih berada di Singapura namun pasangan itu dikatakan sentiasa berhubung.
"Walaupun Aliff jauh di Singapura tapi mereka sentiasa berhubung. Saya nampak macam setiap masa mereka on the phone."
Terdahulu, Bella akhirnya mendedahkan bahawa dirinya kini sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan Aliff, malah turut akui kini beliau juga sedang hamil anak kedua menerusi komen di Instagram miliknya.
Bersikap terbuka, Bella sekai lagi tampil memohon doa semua pihak supaya mendoakan kebahagiaan rumah tangga dan anak dalam kandungan itu.
Sumber: mStar
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment