Hiburan: July 6, 2020 at 08:00AM
Malaysia terkenal dengan keindahan alam semula jadi seperti gunung-ganang, hutan hujan Tropika dan pulau. Dapat menghirup udara segar dan menikmati panorama alam semula jadi di Malaysia sudah tentu menjadi sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupai.
Perkongsian pengalaman Md Qhairol ke salah satu pulau yang cantik di negeri Sabah pasti membuat anda terpukau dengan keindahannya. Rakyat tempatan jarang sekali bercuti ke sini, kebanyakan yang hadir adalah pelancong dari China dan Korea.
Terletak di negeri Sabah
Pulau Mengalum terletak di negeri Sabah yang berpinggirkan Laut China Selatan. Lokasi percutian ini sering dihadiri pelancong dari negara China dan Korea. Dari jeti Kota Kinabalu, anda akan menempuh perjalanan 56Km selama 1 jam dan 15 minit untuk ke Pulau Mengalum.
Tak ramai orang
Buat masa ini, penginapan di sekitar pulau tersebut belum masih beroperasi sepenuhnya. Jejaka ini menyarankan untuk pengunjung mengambil pakej perjalanan sehari. Di mana pakej itu termasuk sewa bot, makan tengah hari, memancing atau snorkeling.
Ataupun, anda boleh pergi saja ke Jeti Jesselton Point untuk bertanyakan di kaunter mengenai pakej yang disediakan buat ketika ini. Lebih menarik lagi, Pulau Mengalum ini tidak ramai orang. Jadi, anda tidak perlu bersesak dan suasana pun lebih tenang.
Lihat kehidupan laut
Pulau ini mula dibuka kepada pelancong luar negara pada tahun 2010. Pengunjung berpeluang melihat lautan biru dan air jernih, selain melihat di depan mata penyu berenang dan kehidupan laut yang lain.
Air laut jernih
Harga tiket penerbangan skrng yg mahal dari kebiasaannya (Semenanjung/Swk ke Sabah) atau mungkin sbb tourist tak boleh masuk dlm negara lg jd sebab knp org tak ramai dtg sini lagi. Tour/Agent company pun banyak tutup. Sedih tgk kaunter dekat jeti hanya tinggal 3/4 yang buka. pic.twitter.com/v1mUIhMDt5
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Waktu beroperasi 8 pagi hingga 3 petang
Mcm biasa, all photos & videos amik guna iphone sahaja. Snorkeling activity pun amik guna iphone dgn waterproof casing bila dalam air ? Tempoh masa perjalanan dan berada dekat pulau ni dari 8am to 3pm. pic.twitter.com/FCpVkz3ohu
— Md Qhairol (@mdqhairol) July 6, 2020
Untuk anda yang inginkan pakej percutian ke Pulau Mengalum, Sabah dengan pelbagai aktiviti disediakan, boleh terus buat tempahan website tripadvisor.com.my. Lepas ini, anda tidak perlu risau atau pening lagi untuk memikirkan lokasi dan aktiviti menarik di sana.
Harga asal kebiasaan yang ditawarkan bermula RM 585.00 seorang. Tetapi ketika ini amazingborneo menawarkan harga yang rendah dan mampu buat anda berkunjung ke sana. Harga serendah RM350.00 sahaja setiap orang sehingga 31 Disember 2020!
Sumber: Md Qhairol
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment