Pages

Hiburan: Pusat Kuarantin MAEPS Ditutup Selepas 108 Hari Operasi, Pesakit Terakhir Sah Sembuh

Hiburan: July 10, 2020 at 09:56AM

Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS Serdang telah menamatkan operasinya hari ini selepas empat bulan. Perkara ini disahkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba melalui laporan di laman rasmi Facebook miliknya.

Pesakit terakhir dibenarkan pulang

Penutupan itu dilakukan susulan pesakit terakhir yang berada di pusat tersebut telah dibenarkan pulang setelah disahkan sembuh.

Tempat yang digunakan sebagai pusat kuarantin bagi merawat pendatang asing tanpa izin (PATI) itu mula beroperasi sejak 25 Mac 2020 dan menamatkan operasinya selepas 108 hari.

KKM dan JKN turut serta

Dr Adham memaklumkan 3 orang pesakit yang diterima dari Hospital Kuala Lumpur merupakan pesakit pertama semasa awal beroperasi  manakal pada tarikh 6 Jun 2020, pusat ini menerima lagi 687 orang pesakit dan hari ini menjadi sejarah selepas seorang pesakit terakhir discaj.

Turut hadir pada hari ini ialah Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, YBhg Dato' Dr Norhizan bin Ismail dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, YBhg Dato' Indera Dr Sha'ari bin Ngadiman.

Sumber : Dr Adham Baba



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular