Hiburan: July 11, 2020 at 03:45AM
Salima Habibi yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 baru-baru ini meluahkan perasaan kesal di atas sikap sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan atas ibu mengandung di luar sana.
Ini berikutan lambakan perniagaan menjual makanan tambahan atau 'supplement' yang bertujuan untuk memutihkan bayi supaya lebih cantik dan comel.
Bagi Salima, perkara itu seolah olah memberi tekanan kepada ibu-ibu hamil di luar sana terutamanya bagi mereka yang senang terpengaruh dengan iklan-iklan seperti itu.
Dia turut berkata menerusi entri dalam instagram miliknya bahawa fizikal serta rupa bayi yang lahir sudah pastinya dipengaruhi oleh keturunan iaitu ibu-bapa mereka sendiri dan merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T.
View this post on InstagramA post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on
"Nak ceritanya, semua anak ni lahir putih ke gelap ke rambut lurus ke kerinting ke, semua dari Allah yang rancang semua. Dari percampuran benih ibu dan bapa, sangkut lah rupe toknye sikit opah sikit mak sikit bapak sikit. Apa sahaja Allah ciptakan itulah yang terbaik,"
Salima turut memesan kepada ibu bapa di luar sana supaya sentiasa bersyukur di atas pemberian Allah S.W.T ke atas mereka. Dia turut merasa simpati ke atas ibu mengandung yang dipaksa untuk membeli supplement semata-mata hanya untuk memutihkan wajah bayi dan pelbagai lagi kenyataan mengarut daripada penjual.
View this post on InstagramA post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on
View this post on InstagramA post shared by Salima Habibi (@salimahabibi) on
Dia yang turut memuat naik foto anak perempuannya, Syarifah Nur Asmaa' Aljoofree menerusi entri berkenaan juga berkata bahawa semua manusia dilahirkan cantik dan elok paras rupa, namun Allah hanya memandang umatnya melalui akhlak serta amalan seharian kita.
Mengimbas kembali, Salima kini berbahagia bersama keluarga tercinta selepas bernikah dengan penceramah bebas iaitu Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre sebagai isteri kedua pada tahun 2013 yang lalu .
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment