Hiburan: July 13, 2020 at 08:55AM
Menerima sebuah kereta mewah BMW daripada suaminya Datuk Abdul Halim Khan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-54 pada 8 Julai lalu, ibu kepada pengacara popular tanah air Neelofa iaitu Datin Noor Kartini zahir rasa syukur.
Menurut Kartini, dirinya meluahkan rasa terharu bukan disebabkan hadiah yang diterimanya, malah usaha suami merancang kejutan istimewa itu menyentuh hati dan perasaannya.
View this post on InstagramA post shared by Noor Kartini Noor Mohamed (@noorkartini) on
"Yang terharu bukan kejutan atau hadiah, tapi usahanya yang membuatku cukup-cukup terharu. Love you sayang. Kau lah sinar hidupku. Kebahagiaanku."
Teruja menerima kejutan tersebut, usahawan itu sempat memuat naik foto kenderaan mewah jenis BMW itu di laman instagram miliknya.
"Semoga Allah merahmati dan sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesehatan yang afiyah. Amin, Love you sayang."
Seperti sudah dijangka, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai kata positif. Selain menzahirkan ucapan selamat hari lahir kepada Kartini, pengikutnya juga dilihat mendoakan kesejahteraan buat pasangan ini.
Malah wujud juga segelintir pengikutnya memohon agar Tuhan sentiasa memberkati perjalanan hidup usahawan itu kerana Kartini dikhabarkan seorang yang dermawan dan pemurah.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment