Hiburan: July 11, 2020 at 02:49AM
Kenyataan yang dikongsi pelakon Sharifah Sakinah mengenai keretakan rumah tangga bersama bekas suami iaitu Aliff Adha mengejutkan ramai pihak. Mereka telah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu dan kata putus dibuat secara baik.
Terbaru, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu memberi respon terhadap berita perpisahan tersebut di laman Instagram miliknya.
Diam, tidak membalas mesej
Melalui kapsyen tersebut, dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan tidak memberi apa-apa respon dari pengikutnya di laman Instagram. Dia juga berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang sentiasa sokong dan memberi semangat kepadanya termasuk juga rakan dan keluarga.
I might be quiet and not responding to messages. Thanks for those who are supporting and for those who are insulting. Just remember you all got family too.
Tidak mahu 'drama' dalam realiti hidup
Tambahnya, dia tidak akan menjadikan isu ini sebagai 'drama' dalam realiti hidupnya. Buat sementara waktu ini, dia mahu fokus kerjaya seni.
Sakinah juga menasihati orang ramai yang mempunyai masalah dengan kehidupannya agar berhenti mengikuti perkembangan dirinya di sosial media. Dia juga membuka ruang untuk sesiapa sahaja meninggalkan komen, tidak bertengkar antara satu sama lain kerana dia menyifatkan kita semua mempunyai masih mempunyai perkara baik untuk dilakukan.
I'm not gonna dramatized this part of my life, I won't elaborate and would like to focus on my work. If anybody have problem with my choice in life, clothing, or actions can unfollow this space. Feel free to comment, just try not fight each other, we all have better things to do today.
Sudah beri nasihat, berbincang
Sementara itu, menerusi laporan Metro, kakak kepada pelakon ini iaitu Sharifah Shahirah berkongsi kedua-dua pihak keluarga telah berbincang antara mereka. Perbincangan tersebut tidak menunding jari mencari salah siapa.
Kedua belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa. Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu.
Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami. Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh.
Jangan tanya sebab apa cerai
Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa. Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay. Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka.
Sumber: Sharifah Sakinah, Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment