Pages

Hiburan: ‘Tak Mahu Tangkap Semata-Mata’ – Dr Zulkifli Beri Kebenaran JAWI Tarbiah Golongan Transgender

Hiburan: July 10, 2020 at 09:56AM

Di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri membenarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk tarbiah golongan transgender agar mereka kembali ke pangkal jalan.

Agar kembali ke pangkal jalan

Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan.

Kita tidak hanya mahu tangkap semata-mata tetapi yang paling utama adalah tarbiah (pendidikan) dengan cara yang paling berhikmah agar mereka semua (transgender) kembali ke pangkal jalan. Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama).

Pengurusan yang mantap

Rata-rata netizen memuji Dr Zulkifli kerana sikapnya yang prihatin akan isu semasa dan mempertahan kesucian agama Islam. Tambah netizen, posting tersebut seiring dengan isu kontroversi baru-baru ini yang membabitkan seorang usahawan kosmetik memakai pakaian wanita.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular