Hiburan: July 6, 2020 at 11:56AM
Baru-baru ini viral seorang kanak-kanak 3 tahun tercekik sebiji rambutan sehingga menyebabkan kematian. Kejadian yang berlaku Kampung Belakang Masjid di Baling Kedah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang sedih dengan kemalangan tak diduga tersebut.
Terbaru, Public Health Malaysia kongsi langkah yang boleh diambil oleh ibu-bapa bagi membantu kanak-kanak dari tercekik sesuautu objek.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan rambutan yang dikait bapanya. Ketika kejadian, bapa bersama ahli keluarga lain sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka di Bukit Selambau. Namun tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher.
Bapanya cuba menepuk belakang mangsa tetapi tidak berhasil.
Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil namun disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
Teknik Heimlich
Lakukan teknik Heimlich. Ianya teknik bantuan kecemasan yang membantu mengeluarkan objek yang tersekat. Kami kongsikan teknik Heimlich. Pastikan anda simpan dan share teknik ini untuk rujukan anda bila diperlukan. Ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak anda atau orang lain pada masa hadapan.
Apapun mencegah lebih baik ye. Elakkan dari memberi makanan yang berisiko tinggi untuk tercekik. Kanak kanak berusia 4 tahun ke bawah adalah kumpulan berisiko TINGGI untuk tercekik makanaan. Ini adalah kerana mereka masih belum pandai mengunyah makanan dan hanya menelan makanan.
Potong kecil-kecil
Selain itu, saiz saluran pernafasan yang kecil menyebabkan ia mudah ditutup sepenuhnya terutamanya makanan yang keras dan berbentuk bulat. Sosej adalah makanan yang paling banyak menyebabkan kejadian tercekik kerana ia bagaikan penyendal yang sempurna untuk saluran pernafasan kanak kanak.
Jika anda ingin memberi makanan makanan seperti hot dog, buah anggur, sayuran dan buah pastikan ia di potong kecil dan memanjang. Pantau semasa mereka ketika mereka sedang makanan dan pastikan mereka duduk diam. Ambil tahu teknik bantuan kecemasan untuk menyelamatkan kanak kanak tercekik. Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Sumber : Public Health Malaysia
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment