Pages

Hiburan: “Yang Menghina, Ingat Korang Pun Ada Keluarga!” – Sharifah Sakinah Tampil Bersuara Selepas Dihina Netizen

Hiburan: July 12, 2020 at 03:50AM

Tampil bersuara selepas menerima komen tidak sepatutnya daripada segelintir warganet berikutan pengakuan mengenai penceraiannya dengan suami, pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran berbentuk luahan hati.

sharifah sakinah bercerai

Menerusi posting tersebut, Sakinah dilihat mengucapkan terima kasih kepada yang telah memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepadanya.

Bagaimanapun dirinya sempat berpesan kepada individu yang mengeji dirinya supaya sentiasa beringat bahawa setiap orang mempunyai keluarga masing-masing.

"Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab kiriman mesej. Terima kasih kepada yang memberi semangat dan kepada yang mengeji, ingatlah korang pun ada keluarga."

Malah, Sakinah mendedahkan beliau langsung tidak akan menjadikan kisah hidupnya sebagai drama dan hanya mahu fokus kepada kerjaya semata-mata.

sharifah sakinah bercerai

"Saya tak akan dramakan kisah hidup saya dan tidak akan komen lebih. Buat masa ini saya hanya ingin kepada kerja. Sesiapa yang mempunyai masalah dengan jalan hidup saya, cara berpakaian atau tindakan saya boleh unfollow."

Terdahulu, Sakinah dan Aliff Adha melangsungkan pernikahan pada 28 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha. Biarpun begitu, rumah tangganya dengan juruterbang tersebut tidak kesampaian apabila Sakinah mendedahkan dirinya sudah bercerai pada Mei lalu.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular