Hiburan: June 28, 2019 at 08:04AM
Sekarang ini seakan menjadi trend untuk pasangan suami isteri berkongsi masalah rumah tangga mereka dan segala cerita "dalam kain" di laman sosial. Sebenarnya tanpa disedari, "budaya" ini juga yang akhirnya mampu memusnahkan mahligai yang dibina.
Perkara ini juga selalu terjadi kepada golongan selebriti, habis semuanya dicanang di media sosial sehingga memberi peluang untuk netizen menentukan keputusan mereka. Bila kena kritik, marah pula.
Memberikan pandangannya tentang isu ini, pelawak Ajak Shiro yang umum mengetahui mempunyai keluarga bahagia berpendapat, segala isu berkaitan rumah tangga harus diselesaikan sendiri tanpa campur tangan orang luar.
Sejujurnya, saya takut apabila diminta mengulas mengenai kemelut yang melanda kehidupan peribadi selebriti kerana kita tidak dapat menduga masa hadapan. Nasihat saya, masalah keluarga perlu diselesaikan suami dan isteri tanpa dipengaruhi orang luar. Apabila terlalu terbuka berkongsi, orang lain pula yang cuba membuat keputusan bagi pihak kita.
Mereka tidak tahu apa yang kita lalui, jadi lebih molek setiap kemelut diselesaikan tanpa pembabitan orang luar. Bimbang jika mendengar cakap orang, kita pula yang akan menyesal pada kemudian hari.
Tidak dinafikan, ramai yang berkongsi masalah mereka di media sosial termasuklah kes suami curang, suami atau isteri memiliki nafsu sejenis dan macam-macam lagi. Tidak salah kalau sekadar untuk meluakan perasaan tetapi janganlah keterlaluan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment