Pages

Hiburan: ‘Kenapa Nak Kena Mencuri? Kenapa Tak Minta?’ – Orang Terdekat Curi RM200,000 Datuk A. Aida

Hiburan: June 28, 2019 at 08:17AM

Belum habis isu panas penceraian penerbit drama terkenal, Datuk A Aida sekali lagi tampil di hadapan media mendakwa dia kehilangan wang pelaburan sebanyak lebih RM200,000. Menerusi Harian Metro, dia tidak mahu untuk mengulas lanjut berkenaan dengan kes kehilangan wang pelaburan yang terjadi pada 1 Mac yang lalu didakwa membabitkan bekas suaminya Ariff Aziz.

Serah kepada pihak polis

Menurutnya, dia menyerahkan sepenuhnya isu ini kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Biarlah polis buat kerja mereka. Saya tak nak mengganggu siasatan. Cukup saya katakan, individu itu adalah yang pernah dekat dengan saya sebelum ini.

Dia juga menyatakan bahawa individu terbabit membuat dua kali transaksi pada jam 5.44 pagi dan 5.46 pagi di rumahnya di Ukay Perdana, Ampang.

Harap wang dikembalikan

Dia menyedari perkara ini sewaktu sedang bercuti di Mesir pada 25 Mac yang lalu. Dia turut berharap agar wang yang diambil individu tersebut dapat dipulangkan semula.

Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan dan mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh. Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja kerana ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian.

Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua.

Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta? Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular