Hiburan: July 3, 2019 at 08:57AM
Sebelum ini kecoh apabila penyanyi yang juga merupakan juara Juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah mendakwa bahawa hadiah seutas rantai pemberian Datuk Seri Vida kepadanya adalah palsu. Satu demi satu isu dan kontroversi yang timbul sehingga penyanyi itu membuat keputusan untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
Namun, khabarnya sengekta antara mereka sudah pun berakhir dan kes mereka diselesaikan menerusi satu sesi mediasi yang diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terbaru, Aishah yang mengadakan satu sidang media khas hari ini, memaklumkan dia menuntut DSV membayar ganti rugi harga pameran (price tag) barang kemas berjumlah RM80,000.
DSV juga diarahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas yang perlu diadakan sebelum tarikh 17 Julai ini. Sekiranya DSV gagal menunaikan perjanjian tersebut seperti yang ditetapkan, pihak Aishah akan mengambil tindakan undang-undang mengikut pelaksanaan mahkamah.
Selain itu, DSV juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguamcara Aishah pada atau sebelum 7 Julai, Ahad ini.
Terdahulu, kontroversi serta kemelut DSV dan Aishah bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu. Malah, Aishah turut menyertakan laporan pakar permata yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment