Hiburan: July 3, 2019 at 10:05AM
Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi sehinggakan jumlah kes setiap tahun semakin meningkat. Ada yang buang di tapak pelupusan sampah, tandas awam dan di kawasan surau.
Menerusi Harian Metro, seorang bayi lelaki ditinggalkan di dalam sebuah kotak yang diletakkan di bawah pokok Jalan Jelai, Alor Setar Kedah. Bayi tersebut yang cukup sifat dalam keadaan berbalut dengan selimut itu ditemui oleh Husaini Hassan yang berasa curiga terhadap kotak yang ditinggalkan itu.
Penemuan bayi cukup sifat
Menurut isterinya, Salina Ahmad, suaminya menyedari kejadian itu ketika melalui kawasan itu untuk meracun rumput.
Pada mulanya, suami sudah nampak kotak berkenaan, tetapi dia tidak mengendahkannya dan terus ke rumah jiran untuk meracun rumput.
Bagaimanapun, suami berasa tidak sedap hati kembali semula ke lokasi berkenaan.
Suami panik dan terus membawa bayi itu ke sekolah berhampiran bagi meminta bantuan pengawal keselamatan sekolah.
Saya minta maaf tinggalkan Yusuf
Sekeping nota juga telah ditinggalkan bersama-sama bayi tersebut yang menerangkan sebab mengapa ibu kandungnya meninggalkan bayi tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 8.20 pagi berhubung kejadian itu. Tambahnya lagi, pihak polis mendapati bayi berkenaan sudah diberikan susu dan ditukar lampin oleh kakitangan sekolah.
Mohd Rozi turut berkata, bayi itu kini ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan susulan.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment