Hiburan: July 2, 2019 at 11:17AM
"Nak keluar rumah tutup semua suis", pesan mak tapi berapa banyak di antara korang yang buat apa yang mak cakap tu? Tak ramai kan? Itulah korang, suka sangat membazir… Biar je lampu hidup seharian, hujung bulan bil elektrik melambung jawablah sendiri!
Tahu tak kerajaan dah wujudkan pelbagai inisiatif bagi mencapai kecekapan tenaga sebanyak 8 peratus menjelang 2020? Antaranya, kempen Kecekapan Tenaga (EE) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), penggunaan lampu LED di jalan raya bermula September ini dan banyak lagi!
Bukan negara kita je, negara luar juga banyak mewujudkan inisiatif dan inovasi hebat bagi menjimatkan penggunaan tenaga dan mengubah kemampanan kehidupan macam yang admin listkan kat bawah ni. Cuba korang tengok, jadikan contoh dan ambil iktibar okay!
1. Sustainable Dance Floor, Netherlands
Kalau korang tak pernah dengar sebelum ni, Sustainable Dance Floor adalah lantai yang mampu menukar setiap pergerakan tarian dan hentakan menjadi sumber elektrik. Dihasilkan oleh Daan Roosegaarde dari Netherlands, setiap modul yang diperkenalkan mampu menjana sehingga 25 watt!
Tenaga yang dijana pula akan digunakan untuk menghidupkan lampu dan booth DJ. Menerusi teknologi interaktif ini juga, ia membuka pengalaman baru kepada penari supaya dapat mewujudkan suasana cekap tenaga. Jadi, tiada tenaga elektrik yang dibazirkan lagi selepas ini!
Nak tengok macam mana Sustainable Dance Floor berfungsi? Tengok video ni…
2. Memphis Meat, San Francisco
Pernah terfikir tak macam mana rasanya korang makan daging tapi sebenarnya ia tidak diperbuat daripada daging sebenar? Haaa, di Memphis Meats segalanya boleh! Mereka menghasilkan daging yang enak lagi menyihatkan menggunakan sel stem haiwan tanpa membunuh mereka.
Diperkenalkan di San Francisco oleh Dr. Uma Valeti yang merupakan CEO dan pengasas bersama kira-kira pada tahun 2005, mereka menghasilkan daging menggunakan sumber sel berkualiti tinggi.
Inisiatif ini bukan saja bagus untuk haiwan pada skala besar, tapi menggunakan kurang air, tenaga dan makanan semasa pembuatannya. Malah, ia turut mengurangkan pembaziran dan mengeluarkan gas rumah hijau yang lebih sedikit!
3. Evoware, Indonesia
Jika selama ni korang bungkus makanan guna plastik biodegradable, percaya tak ada pembungkus makanan lagi hebat, sihat malah boleh dimakan. Ya, pembungkus makanan rekaan Evoware dari Indonesia meningkatkan gaya hidup mesra alam dan memberikan nilai inovatif kepada masyarakat bandar.
Menggunakan rumpai laut sebagai bahan utama, ia bakal meninggalkan kesan positif bukan saja pada alam sekitar, tetapi penanam rumpai laut. Untuk pengetahuan korang, produk Evoware boleh disesuaikan, dimakan malah berkhasiat dan tiada bau serta rasa. Hebatnya!
Dengan inovasi Evoware ini juga, ia membantu mengurangkan pembaziran plastik, pelepasan karbon dan mengekalkan kebersihan pantai. Malah, ia turut memberi manfaat kepada penanam rumpai laut dengan menambah pendapatan serta memperbaiki kesejahteraan mereka.
4. Smog Free Tower & Ring, Poland
Satu lagi insiatif hebat daripada Roosegarde yang admin nak rasa bagus untuk alam semulajadi iaitu The Smog Free Project. Ia merupakan projek pertama dunia yang mampu menyedut udara tercemar dan membersihkannya melalui proses pengionan sebelum melepaskannya semula.
Smog Free Tower yang menyedut udara tercemar ini terletak di Kraków, Poland dan berukuran sehingga 23 kaki (7 meter). Malah, ia juga hadir dengan cincin yang diperbuat daripada asap. Dengan membeli dan memakai Smog Free Ring, korang menyumbang sehingga 10,700 kaki persegi (1,000 meter persegi) udara bersih!
5. Zéphyr Solar, Switzerland
Zéphyr Solar merupakan projek hebat Karen Assaraf, Julie Dautel dan Cédric Tomissi yang dihasilkan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik akibat bencana alam supaya dapat meneruskan kehidupan. Ia adalah penjana yang diperbuat daripada belon photovoltaic yang mesra alam dan hanya memerlukan air untuk mengembung dan terbang.
Dengan hanya disambungkan pada kabel yang menyimpan tenaga elektrik, ia mampu terapung setinggi 165 kaki (50 meter) di udara. Cukup bagi menjana tenaga untuk aktiviti harian dan peralatan sokongan seperti antena komunikasi dan kamera.
Sentiasa beringat, jimatkan penggunaan tenaga elektrik
Walaupun dah banyak inovasi dan inisiatif hebat diperkenalkan bagi meningkatkan kemampanan kehidupan kita, sebagai manusia kita juga perlu beringat dan jimatkan penggunaan tenaga elektrik serta elakkan pembaziran!
Nak tengok tips mudah supaya korang boleh jimatkan tenaga elektrik? Tengok video Energy Efficiency dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) kat bawah ni…
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment