Pages

Hiburan: Intan Liana Bengang Masih Dikaitkan Dengan Bekas Suami

Hiburan: July 3, 2019 at 02:56AM

Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, masih ada segelintir netizen yang belum melupakannya.

Mempunyai kehidupan masing-masing selepas lebih setahun berpisah, Intan akui merasa kesal dan bengang dengan individu yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas suami.

Malah, ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati. Jelas Intan, dia sekali pun tidak pernah terkenangkan lagi memori lama bersama bekas suaminya itu dan setiap muat naik di akaun Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu  menerusi satu muat naik di Instagram, Intan berjanji akan melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil. Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.

Walaubagaimanapun, ada pula yang salah faham dengan kapsyen yang ditulis oleh Intan dan mula mengaitkan nama bekas suaminya, Ude Wahid dan Izreen Azminda yang umum mengtahui baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu  lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2017. Intan dan Ude akhirnya bercerai pada 22 Mac 2018.

Sumber Berita : Astro Gempak



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular