Pages

Hiburan: “Dia Nak Keluarkan Kenyataan Apa-Apa Ke, Lantak Dialah” – Lufya Omar Tampil Buka Mulut Isu Cerai

Hiburan: July 14, 2020 at 07:00AM

Mengakui bahawa apa yang dimaklumkan oleh bekas suaminya. Dr. Che Hafiz mengenai status perkahwinan mereka itu adalah benar, pelakon Lufya Omar menyatakan dirinya masih belum berkesempatan untuk melihat sendiri kenyataan secara terperinci yang dibuat suaminya kepada pihak media.

lufya omar sah bercerai

"Saya rasa tak nak komen. Kalau dia nak keluarkan kenyataan apa-apa ke, lantak dialah, biar dia, saya tak nak komen apa-apa."

Bagaimanapun, ditanya berkenaan soal anak, penyanyi itu memberitahu buat masa kini isu hak hak penjagaan masih belum diputuskan.

"Hak jagaan tak tahu lagi. Memang saya yang jaga, dia bukan tengok pun."

Terdahulu, Dr Che Hafiz mengesahkan rumah tangga mereka sudah berakhir selepas bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada 17 Jun lalu.

lufya omar sah bercerai

Dr Che Hafiz berharap agar tiada lagi mana-mana pihak yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi tersebut selepas ini memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

Untuk rekod, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kin berusia dua tahun.

Sumber: Gempak



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular