Pages

Hiburan: Fazley Yaakob Dedah Pernah Bekerja Sebagai Pencuci Tandas Ketika Menuntut Di Luar Negara

Hiburan: July 14, 2020 at 07:00AM

Mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai pencuci tandas ketika menyambung pengajian dia luar negara satu masa dahulu, Chef Selebriti Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila terpaksa mengaut najis dan muntah dari lantai tandas.

fazley yaakob pernah bekerja sebagai tukang cuci

Menurutnya, selain bekerja sebagai tukang cuci, beliau juga pernah menceburi pekerjaan menjadi mascot pakaian arnab sambil menjual kopi ketika menuntut di menara gading ketika zaman mudanya.

View this post on Instagram

Owner/Chef pun mop lantai?! Why not?! 🤣 Hari ini restaurant jenama ke-2 saya @minangtapau dibuka di tapak yang lebih luas di #BukitDamansara Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas. Mungkin ramai tak tahu, sebelum2 ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti), menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena ludah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk2 muda dan daun2 herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak. Jadi apabila menjadi pemilik restaurant, apalah sangat kerja2 mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas. Apa lagi kerja2 yang korang pernah buat sebelum ni? Share boleh?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

"Mungkin ramai tak tahu, sebelum-sebelum ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut muntah dan najis manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas."

Fazley bagai tidak segan mendedahkan kisah silamnya menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagramnya.

fazley yaakob pernah bekerja sebagai tukang cuci

Hal ini kerana, beliau turut berkongsi video yang merakamkan dirinya sedang mop lantai, malah memberitahu kerja-kerja mengemas seperti itu langsung tidak menjadi masalah baginya meskipun sudah memiliki dua buah restoran.

Seperti sudah dijangka, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani dengan komen-komen murni daripada pengikutnya. Malah ramai dalam kalangan peminat Fazley juga seakan teruja dengan sikap Fazley yang tidak malu melakukan kerja-kerja sedemikian rupa, sekali gus mampu menjadi inspirasi buat anak muda yang mahu berjaya sepertinya.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular