Ada terdengar cerita botol cencaluk busuk meletup dalam bas? Kalau tak pernah dengar anda memang ketinggalan zaman.
Ini ada panduan kepada sesiapa yang suka sangat berjalan cuti-cuti Malaysia membawa botol-botol krim mandian, pelembab kulit dan seangkatan dengannya. Kalau nak jadikan penutup botol-botol itu lebih ketat, gunakanlah sampul plastik nipis sebagai langkah keselamatan supaya tak kecundang di kemudian hari.
Jadi panduan ini bukanlah untuk menjadikan botol cencaluk lebih mantap tetapi hanyalah untuk botol-botol plastik sahaja. Tapi kalau nak cuba juga guna untuk botol cencaluk pihak kami tak bolehlah nak halang sebab itu hak anda.
Berbalik kepada cerita botol cencaluk tadi. Ia meletup disebabkan banyak sangat gas terperap di dalamnya dan botol itu bergoncang-goncang dan bukannya disebabkan tutupnya longgar.
Mari klik pautan di atas untuk baca-baca petua lain kalau tak tau nak buat apa sekarang ini.
No comments:
Post a Comment