Pages

Showing posts with label petua hidup. Show all posts
Showing posts with label petua hidup. Show all posts

Sampul plastik elak kandungan botol meleleh keluar

Ketatkan lagi penutup botol anda

Ada terdengar cerita botol cencaluk busuk meletup dalam bas? Kalau tak pernah dengar anda memang ketinggalan zaman.

Ini ada panduan kepada sesiapa yang suka sangat berjalan cuti-cuti Malaysia membawa botol-botol krim mandian, pelembab kulit dan seangkatan dengannya. Kalau nak jadikan penutup botol-botol itu lebih ketat, gunakanlah sampul plastik nipis sebagai langkah keselamatan supaya tak kecundang di kemudian hari.

Jadi panduan ini bukanlah untuk menjadikan botol cencaluk lebih mantap tetapi hanyalah untuk botol-botol plastik sahaja. Tapi kalau nak cuba juga guna untuk botol cencaluk pihak kami tak bolehlah nak halang sebab itu hak anda.

Berbalik kepada cerita botol cencaluk tadi. Ia meletup disebabkan banyak sangat gas terperap di dalamnya dan botol itu bergoncang-goncang dan bukannya disebabkan tutupnya longgar.

Mari klik pautan di atas untuk baca-baca petua lain kalau tak tau nak buat apa sekarang ini.



Simpan timun pada suhu bilik untuk kekal lama

Timun lebih suka duduk luar peti sejuk

Panduan kepada pembeli timun sekalian. Selepas beli timun, jangan nak memandai simpan timun dalam peti sejuk. Sebaliknya janganlah segan silu simpan timun yang masih elok itu pada suhu bilik atau di mana-mana diluar peti sejuk asalkan bukan di dalamnya. Jadinya timun akan tahan lama. Kalau tak percaya, ikutlah panduan ini.

Kalau nak tau apa lagi sayur-sayuran yang tak boleh tahan sejuk, bukan sebab kulit dia kurang lemak, klik pada pautan di atas. Sekian. Itu saja.



Artikel Popular